|
Sentiasa pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu
|
|
Bawalah telepon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu
|
|
Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci
|
|
Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok
|
|
Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat dari orang
yang tidak dikenali. Tanyalah alamat di stesen petrol atau kaunter tol
|
|
Jika diekori, pandulah kereta anda ke balai polis yang berhampiran
|
|
Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali
|
|
Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain
|
|
Catat nombor pendaftaran kereta tersebut, warna dan lain-lain
dan gunakan telepon mudah alih untuk meminta bantuan. Anda juga boleh
memandu terus ke balai polis yang berhampiran untuk mebuat laporan polis
|
|
Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan
menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan
kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling
|
|
Jika anda diugut oleh perompak, serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa berlengah-lengah
|
|
Jika tayar kereta pancit di tempat yang gelap dan asing bagi
anda, pandu perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awam yang
berhampiran untuk mendapatkan bantuan
|