.

Jadilah pemandu berhemah

Jadilah pemandu yang berhemah setiap masa


Pemanduan dijalan raya pasti mudah dikendalikan jika si pemandu punya pengalaman bertahun-tahun dalam memandu dan bagi yang baru memiliki lesen P tentunya ianya suatu cabaran yang genting dan kerap kali menimbulkan perasaan 'panik' ketika berdepan dengan sesuatu kejadian apabila dijalanan. Mungkin ia sinonim dengan cakap orang-orang lama yang mengatakan "kena eksiden baru boleh pandai", tetapi jika tiada perubahan juga apa yang harus dikatakan. Tentunya peranan utama yang perlu ada untuk menjadi seorang pemandu adalah ILMU. Ianya sangat penting dan sangat membantu seseorang itu lebih terjamin dalam pemanduan dan jika difahami, sudah pasti keselamatannya dan penumpangnya juga selamat dalam menuju ke suatu destinasi.

Mari ikuti petua-petua untuk menjadi pemandu yang 'pro' walaupun anda baru memiliki lesen 'P':-

-PANDU SECARA KONSISTEN
Jangan memandu seperti hilang pedoman seperti sekejap laju sekejap perlahan mahupun melelong-lelong.

-KELAJUAN YANG BETUL
Ikuti had laju yang disarankan.

-GUNA CERMIN SISI
Sebelum memotong pastikan anda memerhati cermin pandangan sisi dan belakang agar anda mengetahui kehadiran kenderaan dibelakang dan tepi anda. Jangan lupa untuk memandang cermin-cermin tersebut dalam tempoh setiap 5 saat agar keselamatan sentiasa digenggaman anda.

-LAMPU ISYARAT JANGAN LUPA
Jangan biar pemandu lain terkejut dengan tidakkan anda membelok/memotong tanpa memberi lampu isyarat. Seeloknya beri lebih awal agar mereka tahu akan apa kemahuan anda.

-BREK DENGAN PERLAHAN
Beri brek peringatan sekali sebelum berterusan membrek dan berhenti sepenuhnya. Janganlah membrek dengan cemas tetapi jika ada kejadian yang tidak diingini berlaku dihadapan pastikan anda peka untuk membrek dengan tepat.

-MEMECUT PADA MASANYA
Anda dibenar memecut tetapi bukan melulu. Memecut pada lampu isyarat bertukar hijau agar membantu kelancaran trafik.

-BERHENTI DI TEMPAT SEPATUTNYA
Janganlah berhenti melepasi garisan berhenti ketika di lampu isyarat merah. Pilihlah tempat berhenti yang paling selamat dan luas jika mahu berhenti disebelah bahu jalan.

-JARAK YANG SELAMAT
Memandulah dengan anggaran sebuah kereta dengan kereta dihadapan anda.

-LAMPU KECEMASAN
Ia hanyalah digunakan ketika anda benar-benar dalam kecemasan dan tentunya kenderaan anda sudah berhenti. Jangan gunakan ia tika kereta bergerak, dalam hujan dan berkonvoi. Ini akan menyusahkan anda jika mahu membelok.