Ramai
pemandu yang berpengalaman dan mempunyai lesen memandu maupun yang baru
nak mengambil lesen kurang peka terhadap mengenalpasti halangan di
Jalan Raya. Di mana Halangan merupakan elemen-elemen yang dikenalpasti
boleh mendatangkan risiko bahaya atau masalah semasa sedang memandu.
Terdapat banyak formula serta
teknik boleh di gunakan antaranya teknik SPA. Apa dia SPA ni?
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke? Bukan .....tapi singkatan See (Melihat), Planning (Merancang), Action (Bertindak).
Sebelum tu kita bahagikan halangan kepada tiga (3) jenis iaitu:-
( 1 ) Halangan Fizikal - Persimpangan, bulatan, selekoh, bukit tinggi dan seumpamanya.
( 2 ) Halangan Semulajadi - keadaan cuaca, panas terik, hujan.
(
3 ) Halangan Kedudukan & Pergerakan Pengguna Jalanraya.- Pejalan
kaki, haiwan, pemandu kereta, lori serta penunggang motosikal dan
basikal.
Apabila kita memandu pandangan
mata kita sentiasa memandang jauh ke hadapan lebih kurang 100 meter
dan memerhati keadaan persekitaran di sepanjang jalanraya. Walaupun
mungkin kita telah melalui sesuatu jalan beratus hingga beribu kali
tetapi tidak mustahil jika kita alpa pada satu detik kita akan terlibat
dengan kemalangan.
Saya bagi contoh bagaimana
hendak mengenalpasti halangan semasa memandu, apabila kita melihat di
hadapan ada sebatang jalan berselekoh tajam, semestinya kita membuat
perancangan awal untuk memperlahankan dan memandu berhati-hati. Manakala
tindakan kita seterusnya membrek secara perlahan agar kelajuan
kereta dapat dikurangkan dan memastikan kawalan stering di pegang kemas.
Begitu juga contohnya kita lihat
lampu isyarat di hadapan sedang hijau, sebagai pemandu berhemat jika
memperlahankan sedikit kereta dalam jarak lebih kurang 30 meter sebelum
lampu isyarat contohnya daripada 70 km/j ke 50 km/j dan jangan
sekali-kali mengejar lampu hijau (menambahkan kelajuan) kerana lampu
hijau akan bertukar menjadi kuning seterusnya merah bila-bila masa
sahaja.
Apabila sebelum garisan berhenti lampu bertukar kuning dan tiada kenderaan laju mengekori dari belakang, kita akan berhenti sebelum garisan berhenti dengan selamat. Kalau lampu masih hijau teruskan perjalanan dengan berhati-hati.
Apabila sebelum garisan berhenti lampu bertukar kuning dan tiada kenderaan laju mengekori dari belakang, kita akan berhenti sebelum garisan berhenti dengan selamat. Kalau lampu masih hijau teruskan perjalanan dengan berhati-hati.
Di harap tips-tips di atas dapat di amalkan dan sentiasa patuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.....