Perkara yang perlu dibuat sebelum memandu kereta
1. Laraskan dan betulkan tempat duduk anda dengan sempurna dan baik untuk postur badan anda.
2. Gunakan kedua-dua tangan anda untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakang
supaya anda boleh melihat dengan jelas keadaan belakang sekiranya anda
ada niat hendak memotong kenderaan depan atau sebelum nak menukar lorong
kanan atau kiri.
Kemudian gunakan tangan kanan anda untuk membetulkan cermin sisi kanan
dengan betul dan anda boleh melihat dengan jelas keadaan sebelah kanan
kenderaan anda.Sangat berguna ketika nak menukar lorong ke kanan atau
memotong.
Kemudian membetulkan cermin sisi kiri dengan tangan kiri anda.Cermin kiri ini untuk kegunaan kita ketika nak
menukar lorong ke kiri.
3. Pakailah tali pinggang keledar dengan kemas. Ini adalah faktor keselamatan dan boleh
disaman jika tidak memakainya di jalanraya.
4. Pastikan gear berada dalam keadaan bebas sebelum anda nak putar kunci kereta untuk nak hidupkan engin.Jika
ada gear dan anda terus hidupkan engin kereta,pastilah melompat ke
depan kereta anda ni sebab dah ada gear.
5. Sila uji lampu isyarat kanan dan kiri kereta anda berfungsi
dengan melihat lampu penunjuk arah yang tertera di panel meter.Anda tak
perlu turun kereta dan tengok lampu isyarat kanan dan kiri menyala atau
tak.
6. Uji pengelap cermin kereta anda berfungsi atau tak.