Memilih tayar yang sesuai
Tayar
terutama tayar kereta anda terdapat pelbagai jenis, pelbagai jenama dan
pelbagai harga, dari harga yang mampu di beli hinggalah ke harga yang
mampu membayar sebuah kereta second hand secara cash!
Tayar
adalah nyawa kedua anda selepas brek. Dan tayar juga merupakan nyawa
pertama orang lain apabila anda hilang kewarasan. Tetapi mengapa tayar
muncul dengan pelbagai bunga dan pelbagai model? adakah ia dicipta untuk
tujuan marketing supaya anda menghabiskan duit untuk membeli tayar
mereka?
Tayar untuk kenderaan yang biasa atau
kenderaan harian untuk ke tempat kerja adalah sangat ekonomi. Ia agak
berpatutan harganya.
Tayar jenis Silverstone
Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama
tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan
bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak
memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis kompaun yang keras juga
membuatkan tayar ini tahan agak lama.
Dan
jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh
dan mementingkan keselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone
Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear
NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin
Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.
Dan
jika anda tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu
meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti
Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama
Prada.
Tayar yang bila anda tak kisah harganya
dan tak bercita-cita untuk laju ketika hujan pula adalah tayar jenis
semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken
Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.
Bukan
semua yang di listkan adalah yang terbaik, cuma ia pernah direview oleh
beberapa orang, dan yang tidak terdapat dalam list pula bukanlah
bermakna tayar berkenaan tidak baik.
Jadi mari kita kenali jenis2 bunga tayar.
Goodyear Eagle F1
Berikut
adalah jenis tayar hujan atau basah. Ia biasanya berbentuk V dan
membantu pengaliran air keluar dari tayar, kerana kereta akan hilang
kawalan apabila tayar terpung di atas air, bentuk V ini akan mengalirkan
air di bawah tayar keluar. Tetapi tayar jenis ini biasanya mengeluarkan
bunyi yang agak bising.
Pirelli Pzero Rossa
Jenis
bunga yang selesa dan senyap, berbentuk empat segi biasanya dipakai
untuk kereta keluarga dan kereta mewah yang mementingkan keselesaan,
kelancaran dan bunyi yang agak senyap.
Michelin Pilot Sport
Jenis
bunga yang ade rupe V tapi tak macam V, yang ni biasanya tayar-tayar
performance atau nampak performance. Untuk setengah jenama terkenal,
bunga seperti ini dijadikan untuk sesuatu tujuan dan untuk jenama tak
berapa nak kenal, ia dijadikan sebagai hiasan.
Bunga
tayar tidak semestinya menjadi ukuran untuk kualitinya, tetapi
kompaunnya lebih penting. Jika terlalu keras, tidak terlalu grip dan
jika terlalu lembut, tayar berkenaan mudah untuk haus, secepat 3-4 bulan
atau 20,000-30,000km sahaja bergantung dengan pemanduan anda.
Review
dari pengguna yang atau nasihat dari kedai yang lebih arif tentang
sesuatu model tayar berkenaan sangat berguna jika anda memilih dari segi
prestasi. Dari segi penjimatan, tayar berkenaan harus juga selamat dan
mintalah nasihat kedai yang anda percaya.