.

Doa Menaiki Kenderaan Darat

Doa Menaiki Kenderaan Darat

CARA-CARA UNTUK CHECK MATA (Demerit Points) KEJARA

CARA-CARA UNTUK CHECK MATA (Demerit Points) KEJARA

Langkah 1
Klik disini untuk terus ke laman check mata KEJARA

ATAU

Terus ke laman web JPJ

Laman yang akan dipaparkan adalah seperti dibawah.



Masukkan No. K/P anda tanpa sengkang (dash) dan tekan 'Submit'.

Selepas itu paparan keputusan akan dipaparkan seperti dibawah.

Sistem KEJARA

Satu Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya kepada pemandu-pemandu kenderaan bermotor yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan terjadual di bawah Motor Vehicles (Demerit Points) Rules 1997.

Objektif Sistem Kejara

* Meningkatkan kesedaran pemandu-pemandu mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya.

* Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya.

* Membantu usaha-usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya .



Pelaksanaan Sistem Kejara

Sistem Kejara telah dilaksanakan melalui Seksyen 35 , 35A , 37 dan 38 , Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Motor Vehicles ( Demerit Points ) Rules 1997.

Mata demerit pemandu terkumpul di dalam pangkalan data JPJ (Sistem Sikap) apabila pemandu berkenaan di sabitkan oleh mahkamah atau setelah membayar denda di atas kesalahan-kesalahan terjadual yang dilakukan olehnya .

Penalti yang dikenakan di bawah Sistem Kejara

Penalti yang dikenakan terhadap pemegang lesen CDL yang mengumpul 15 atau lebih mata demerit

Kali Pertama

- lesen memandu digantung tidak lebih dari 6 bulan

Kali Kedua

- lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih dari 12 bulan

Kali Ketiga

- lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih 12 bulan; dan

- lesen memandu hendaklah dibatalkan , sekiranya kesalahan dilakukan bagi kali ketiga dalam tempoh 5 tahun.



Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripada apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan. Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen 'P'), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen.


Pemberian Bonus

Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapatkan mata demerit kurang daripada 15 mata, jika tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata demerit akan diketepikan.

Kesalahan kesalahan terjadual dan mata demerit yang dikenakan


Bil 01 Kesalahan: Memandu atau mengawal kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.
Mata Demerit: 15

Bil 02 Kesalahan: Memandu dengan melulu atau membahayakan.
Mata Demerit: 15

Bil 03 Kesalahan: Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa.
Mata Demerit: 15

Bil 04 Kesalahan: Perlumbaan haram
Mata Demerit: 15

Bil 05 Kesalahan: Seseorang yang tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen nafas, darah atau air kencing apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis.
Mata Demerit: 15

Bil 06 Kesalahan: Gagal mematuhi lampu isyarat.
Mata Demerit: 10

Bil 07 Kesalahan: Melebihi had laju yang ditetapkan pada sesuatu jalan atau kenderaan

- melebihi 40 km/j Mata Demerit: 10
- melebihi 26 km/j - 40 km/j Mata Demerit: 8
- melebihi 1 km/j - 25 km/j Mata Demerit: 6

Bil 08 Kesalahan: Kesalahan-kesalahan berhubung memotong dan halangan semasa Bil memotong
Mata Demerit: 8

Bil 09 Kesalahan: Gagal memberi laluan kepada ambulans atau kereta bomba atau kenderaan polis.
Mata Demerit: 8

Bil 10 Kesalahan: Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu di lintasan pejalan kaki
Mata Demerit: 8

Bil 11 Kesalahan: Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pemanduan di sebelah kiri jalan
Mata Demerit: 8

Bil 12 Kesalahan: Gagal berhenti di persimpangan
Mata Demerit: 8

Bil 13 Kesalahan: Cuai mengawal dengan wajar pergerakan kenderaan
Mata Demerit: 8

Bil 14 Kesalahan: Mengunakan kenderaan motor di jalan yang disekat
Mata Demerit: 5

Bil 15 Kesalahan: Mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat lalulintas
Mata Demerit: 5

Bil 16 Kesalahan: Mengunakan tayar botak
Mata Demerit: 5

Bil 17 Kesalahan: Memotong di garisan kembar (garisan tidak putus)
Mata Demerit: 5

Bil 18 Kesalahan: Gagal mematuhi syarat syarat yang dilampirkan pada lesen memandu percubaan (kaedah 15A) Kaedah-kaedah kenderaan motor (lesen memandu) 1992 :

i gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya semasa memandu Mata Demerit: 5
ii gagal mempamerkan tanda pengenalan di tempat yang mudah dilihat mengikut gambarajah dalam jadual keenam kaedah-kaedah tersebut Mata Demerit: 10
ii gagal memastikan bahawa kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air kencingnya adalah pada tahap 0.00 Mata Demerit: 5

Untuk pendaftaran lesen memandu sila layari:
http://abmdriving.blogspot.com/

Perkara yang perlu dibuat sebelum memandu kereta

Perkara yang perlu dibuat sebelum memandu kereta

1. Laraskan dan betulkan tempat duduk anda dengan sempurna dan baik untuk postur badan anda.

2. Gunakan kedua-dua tangan anda untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakang supaya anda boleh melihat dengan jelas keadaan belakang sekiranya anda ada niat hendak memotong kenderaan depan atau sebelum nak menukar lorong kanan atau kiri.
Kemudian gunakan tangan kanan anda untuk membetulkan cermin sisi kanan dengan betul dan anda boleh melihat dengan jelas keadaan sebelah kanan kenderaan anda.Sangat berguna ketika nak menukar lorong ke kanan atau memotong.
Kemudian  membetulkan cermin sisi kiri dengan tangan kiri anda.Cermin kiri ini untuk kegunaan kita ketika nak menukar lorong ke kiri.

3. Pakailah tali pinggang keledar dengan kemas. Ini adalah faktor keselamatan dan boleh disaman jika tidak memakainya di jalanraya.

4. Pastikan gear berada dalam keadaan bebas sebelum anda nak putar kunci kereta untuk nak hidupkan engin.Jika ada gear dan anda terus hidupkan engin kereta,pastilah melompat ke depan kereta anda ni sebab dah ada gear.

5. Sila uji lampu isyarat kanan dan kiri kereta anda berfungsi dengan melihat lampu penunjuk arah yang tertera di panel meter.Anda tak perlu turun kereta dan tengok lampu isyarat kanan dan kiri menyala atau tak.

6. Uji pengelap cermin kereta anda berfungsi atau tak.



Tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya

Pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin.



TANDA ISYARAT LALULINTAS LARANGAN

Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan dijalan raya sepertimana yang telah dikategorikan di bawah Kaedah 5 Kaedah Lalulintas 1985.






































 

Untuk pendaftaran lesen memandu sila layari:
http://abmdriving.blogspot.com/

JENIS-JENIS KESALAHAN JALAN RAYA

JENIS-JENIS KESALAHAN JALAN RAYA
 
Di dalam Akta-Akta ini, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori: 

1. Saman Boleh Dikompaun
Anda boleh membayar kompaun tersebut sebelum luputnya tarikh yang telah ditetapkan di dalam notis JPJ(P)22Pin.1/94 dan Polis 257 Pin.4/95 yang telah diterima oleh anda sewaktu saman dikeluarkan.  Tetapi jika tarikh kompaun telah tamat, anda dikehendaki hadir ke Mahkamah.

2. Saman Tidak Boleh Dikompaun
Kehadiran anda di Mahkamah adalah diwajibkan.  Sekiranya anda tidak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapa anda.

3. Kesalahan Yang Boleh Ditangkap
Kesalahan ini adalah melilbatkan kesalahan-kesalahan seperti memandu secara merbahaya menyebabkan kematian, memandu secara melulu dan membahayakan dan juga memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.
Bagi kesalahan ini, anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa sehingga 14 hari untuk disoal siasat sebelum anda di bawa ke Mahkamah untuk diadili.

Untuk pendaftaran lesen memandu sila layari:
http://abmdriving.blogspot.com

6 Tempat Bahaya Yang Di Larang Meletak Kereta

6 Tempat Bahaya Yang Di Larang Meletak Kereta

Tidak di nafikan, bahawa terdapat ramai pemandu yang mempunyai lesen Kelas D untuk memandu kenderaan. Tetapi berapakah jumlah pemandu-pemandu yang sedar atau tahu di manakah mereka boleh meletak kereta atau “parking” kereta mereka pula?
Meletak kenderaan di tempat-tempat “Larangan” atau “No Parking Areas” melanggar peraturan Seksyen 119 (2) A.P.J. (Akta Pengangkutan Jalan 1987). Dendanya ialah RM200.
Di manakah tempat-tempat yang di katakan tempat larangan meletak kenderaan? Di antaranya adalah:

1) Dekat dengan perhentian bas.

Sebuah bas adalah kenderaan besar dan panjang. Oleh itu, ia memerlukan sebuah tempat besar untuk berhenti.
Jadi, janganlah meletak kenderaan berhampiran tempat ini. Jangan pula lupa, anda hendaklah meletak kenderaan anda lebih kurang 9 meter darinya.

2) Di pili atau paip bomba.

Kiranya hendak meletak kenderaan, harusnya meletak kenderaan kurang-kurang 3 meter darinya.
Semasa kecemasan, anggota-anggota Jabatan Bomba memerlukan tempat-tempat luas untuk menjalankan kerja mereka.
Sekiranya anda meletak kenderaan anda di kawasan tersebut, sudah pasti akan menggangu usaha mereka. Oleh kerana itu, jauhi daripada meletakkan kereta anda di sini.
Tempat-tempat pili bomba senang saja di cam. Ada huruf “H” berwarna merah di atas batu pili bomba itu.

3) Di tempat bahaya / terlindung.

Tempat demikian amat sukar hendak melihat datangnya kenderaan. “Selekoh” adalah suatunya contoh.
Kereta-kereta yang muncul biasanya tidak dapat di lihat dengan jelas. Sekiranya anda meletakkan kenderaan di tempat-tempat demikian, sudah pasti anda akan merungsingkan kedudukan.

4) Di simpang empat dan simpang tiga.

Meletak kenderaan sekurang-kurangnya 9 meter darinya. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang amat bahaya sekali.Kebanyakan kemalangan berlaku di sini. Pemandu-pemandu merasa sukar hendak keluar dari simpang-simpang ini.Sekiranya sebuah lori besar atau van di letak berhampiran dengan simpang, ini akan melindungi penglihatan seseorang pemandu. Tahu atau tidak anda bahawa sekiranya terjadi sesuatu nahas kemalangan, kereta anda yang di letak berhampiran situ (kiranya ia melindungi penglihatan pemandu lain) boleh di laporkan sebagai punca yang akibatkan kemalangan pula.Jadi, tidak kira apa juga pun, anda bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.

5) Di selekoh.

Selekoh itu bahaya. Sepertimana kita sedia maklum, selekoh sukar untuk di kendalikan.
Meletakkan kenderaan berhampiran tempat demikian, sebenarnya menjemput kecelakaan atau “inviting danger” kata orang.
Oleh itu, ingatlah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, “hindarilah” daripada meletak kenderaan berhampiran satu-satu selekoh. Ia bahaya!

6) Di tempat-tempat naik bukit dan turun bukit.

Turun-naik bukit sepertimana anda faham, bukan saja “susah” tetapi “bahaya” pula. Sekiranya ada kenderaan-kenderaan di letak di tepi jalan, ini akan bertambah lagi kerumitan-kerumitan kepada pemandu lain.
Jadi, kerjasama dengan tidak meletak kenderaan di kawasan tersebut.
Sebagai pemandu yang baik serta berhemat, sudah tentu kita akan mencuba sedaya-upaya supaya jangan terlibat dalam sesuatu kemalangan.
Marilah kita mencuba pula “jangan” mengakibatkan orang lain pula dalam kemalangan. Anda dapat mengelakkan perkara atau nahas berlangsung dengan tidak meletakkan kenderaan anda di tempat-tempat yang di nyatakan di atas.

Pandu Hemat dan Jiwa Selamat!

Untuk pendaftaran lesen memandu sila layari:
http://abmdriving.blogspot.com

Memilih tayar yang sesuai

Memilih tayar yang sesuai

Tayar terutama tayar kereta anda terdapat pelbagai jenis, pelbagai jenama dan pelbagai harga, dari harga yang mampu di beli hinggalah ke harga yang mampu membayar sebuah kereta second hand secara cash!

Tayar adalah nyawa kedua anda selepas brek. Dan tayar juga merupakan nyawa pertama orang lain apabila anda hilang kewarasan. Tetapi mengapa tayar muncul dengan pelbagai bunga dan pelbagai model? adakah ia dicipta untuk tujuan marketing supaya anda menghabiskan duit untuk membeli tayar mereka?

Tayar untuk kenderaan yang biasa atau kenderaan harian untuk ke tempat kerja adalah sangat ekonomi. Ia agak berpatutan harganya.

Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis kompaun yang keras juga membuatkan tayar ini tahan agak lama.



Dan jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh dan mementingkan keselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.



Dan jika anda tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

Tayar yang bila anda tak kisah harganya dan tak bercita-cita untuk laju ketika hujan pula adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.


Bukan semua yang di listkan adalah yang terbaik, cuma ia pernah direview oleh beberapa orang, dan yang tidak terdapat dalam list pula bukanlah bermakna tayar berkenaan tidak baik.


Jadi mari kita kenali jenis2 bunga tayar.

Goodyear Eagle F1

Berikut adalah jenis tayar hujan atau basah. Ia biasanya berbentuk V dan membantu pengaliran air keluar dari tayar, kerana kereta akan hilang kawalan apabila tayar terpung di atas air, bentuk V ini akan mengalirkan air di bawah tayar keluar. Tetapi tayar jenis ini biasanya mengeluarkan bunyi yang agak bising.


Pirelli Pzero Rossa

Jenis bunga yang selesa dan senyap, berbentuk empat segi biasanya dipakai untuk kereta keluarga dan kereta mewah yang mementingkan keselesaan, kelancaran dan bunyi yang agak senyap.

Michelin Pilot Sport

Jenis bunga yang ade rupe V tapi tak macam V, yang ni biasanya tayar-tayar performance atau nampak performance. Untuk setengah jenama terkenal, bunga seperti ini dijadikan untuk sesuatu tujuan dan untuk jenama tak berapa nak kenal, ia dijadikan sebagai hiasan.


Bunga tayar tidak semestinya menjadi ukuran untuk kualitinya, tetapi kompaunnya lebih penting. Jika terlalu keras, tidak terlalu grip dan jika terlalu lembut, tayar berkenaan mudah untuk haus, secepat 3-4 bulan atau 20,000-30,000km sahaja bergantung dengan pemanduan anda.

Review dari pengguna yang atau nasihat dari kedai yang lebih arif tentang sesuatu model tayar berkenaan sangat berguna jika anda memilih dari segi prestasi. Dari segi penjimatan, tayar berkenaan harus juga selamat dan mintalah nasihat kedai yang anda percaya.


Tips Mengenai Tayar Kereta

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung  itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul  duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz  rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan  kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi  tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam kepermukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada menunggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual taayr degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan  tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 1! 6 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana  yang kurang panas dan apabila digunakan diMalaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek
(cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. JAdi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama  tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

Untuk pendaftaran lesen memandu sila layari:
http://abmdriving.blogspot.com/

Had Laju Kebangsaan

Had Laju Kebangsaan


Had Laju Kebangsaan 90 km/j di laluan persekutuan.
Had Laju Kebangsaan adalah satu set had laju yang ditetapkan bagi semua jalan raya dan lebuh raya di Malaysia. Memandu melebihi Had Laju Kebangsaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikompaun sehingga maksimum RM300, bergantung kepada perbezaan di antara kelajuan pemandu dengan had laju yang berkenaan.

Had laju utama

  • Lebuhraya: 110 km/j (70 bsj), tetapi ada kalanya diturunkan kepada antara 80 atau 90 km/j (50-55 bsj) di kawasan bukit berbahaya, kawasan angin lintang serta bahagian yang mempunyai kadar aliran trafik yang tinggi di kawasan bandar.
  • Jalan persekutuan: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.
  • Jalan negeri: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.

Had laju kenderaan berat

Kenderaan berat dikenakan had laju khusus bagi menjaga keselamatan di jalan raya. Malangnya, kebanyakan kenderaan berat sering mengingkari had laju yang ditetapkan.
  • Lebuhraya: 80-90 km/j (50-55 bsj).
  • Jalan persekutuan dan negeri: 70-80 km/j (45-50 bsj), 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.

Had laju lain

Had laju 35 km/j (20 bsj) dikuatkuasakan di kawasan sekolah ketika waktu puncak. Selain itu, kereta yang memasang gerabak trailer kecil di belakang juga dikenakan had laju yang sama seperti kenderaan berat.
Sejak musim cuti Hari Raya Aidiladha, Polis Diraja Malaysia mula menguatkuasakan had laju yang lebih rendah pada musim perayaan di jalan raya persekutuan dan negeri, daripada 90 km/j (55 bsj) kepada 80 km/j (50 bsj).

Untuk pendaftaran lesen memandu sila layari:
http://abmdriving.blogspot.com/

Jalan Raya

Jalan raya ialah jalan besar atau main road yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Biasanya jalan besar ini mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Digunakan untuk kenderaan bermotor
  • Digunakan untuk orang awam
  • Dibiayai oleh badan awam
  • Pengunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan
Secara umumnya sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada:-
  • Lebuhraya
  • Jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan
  • Jalan raya negeri atau wilayah
  • Jalan perbandaran
  • Jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet
Di sini harus diingatkan bahawa bukan semua jalan yang dapat dilalui oleh kenderaan bermotor itu jalan raya. Contohnya denai-denai di dalam estet. Di Malaysia jalan raya yang sah haruslah diwartakan oleh pihak bekuasa.

Untuk pendaftaran lesen memandu sila layari:
http://abmdriving.blogspot.com/

TATACARA MEMANDU KETIKA HUJAN

TATACARA MEMANDU KETIKA HUJAN


Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.
www.familiazam.com
Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-

  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
  • Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik
  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air
  • Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik
  • Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya
  • Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik
Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-
  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
  • Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
  • Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan
  • Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
    • Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik
    • Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
    • Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
    • Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja
    • Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj .com
    • Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERATURAN JARAK?

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERATURAN JARAK?



Dalam istilah dunia pemanduan di jalan raya,setiap pengguna mestilah memahami peraturan jarak.Untuk maklumat anda semua,sekurang-kurangnya terdapat 2 jenis peraturan jarak ketika menunggang dan memandu di atas jalanraya.

1. Jarak mengekori kenderaan di hadapan kenderaan anda.
- Jaraknya mestilah sekurang-kurangnya 2 saat mengikut kiraan masa.

2. Jarak memotong kenderaan di hadapan kenderaan anda.
- Pengiraannya mestilah termasuk jarak mengekori 2 saat.
- Kemudian masa untuk memotong kenderaan tersebut hanya 8 saat sahaja dan masuk semula ke lorong kiri.
- Selepas memotong,anda mesti memberi jarak untuk kenderaan tadi dengan kenderaan kita dengan kiraan 2 saat juga.
Anda tidak boleh terus memintas dekat di hadapan kenderaan itu kerana ianya amat berbahaya.

Kefahaman dan mengamalkan peraturan ini amatlah penting sekali kepada diri kita dan juga pengguna jalanraya yang lain.Seandainya anda tidak memahami dan mengamalkan peraturan jarak ini,bayangkanlah betapa bahayanya cara anda menunggang dan memandu di jalanraya tanpa ilmu pengetahuan yang lengkap.
Maka tidak hairanlah kemalangan yang disebabkan oleh pelanggaran secara berhadapan ketika memotong begitu tinggi dan selalunya mengakibatkan kecederaan parah serta maut.
Oleh itu belajar dan carilah ilmu tentang peraturan jarak ini secepat mungkin supaya cara anda menunggang dan memandu menjadi lebih selamat ketika berada di atas jalanraya.

Untuk pendaftaran lesen memandu sila layari :
http://abmdriving.blogspot.com

Enam keadaan menjadi faktor berlakunya kemalangan

Enam keadaan menjadi faktor berlakunya kemalangan:
1) Kenderaan.
2) Pemandu.
3) Cuaca.
4) Penglihatan.
5) Lalu lintas.
6) Jalan raya.


10 Panduan Untuk Menjadi Pemandu Berhemah

  10 Panduan Untuk Menjadi Pemandu Berhemah


1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan.

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

4. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Jangan memandu melebihi had laju.

5. Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

7. Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya.

8. Sentiasa mematuhi lampu isyarat. Jangan melanggar lampu isyarat.

9. Berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan lebat. Tayar mungkin hilang daya cengkaman pada permukaan yang basah.

10. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

Amalan Ringkas Untuk Pemanduan Berhemah

Amalan Ringkas Untuk Pemanduan Berhemah

stereng 
lebuh-raya
Hampir saban hari termuat di dada akhbar negara kita, berita kemalangan yang meragut nyawa dan kadar kemalangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila menjelangnya hari-hari perayaan, seolah-olah musim perayaan itu menjadi perangkap maut yang hanya menunggu untuk membaham mangsa. Kajian menunjukkan peratusan kecuaian manusia penyebab utama sesuatu kemalangan terjadi. Antara amalan ringkas untuk pemanduan berhemah yang boleh dipraktikkan ialah:

1. Apabila berada dalam kesesakan trafik, pastikan anda dalam keadaan tenang. Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum bertukar lorong untuk menyatakan tujuan anda. Sekiranya anda dipotong pemandu lain, perlahankan kenderaan dan berikan ruang kepada pemandu tersebut untuk masuk ke laluan anda dan lemparkan senyuman kepadanya.
2. Sekiranya anda berada di lorong laju dan seseorang ingin memotong, ke tepi dan biarkan kenderaan itu memotong. Anda mungkin memandu di lorong kanan dalam lingkungan had laju yang sepatutnya, tetapi anda mungkin membahayakan diri anda dengan menimbulkan kemarahan pemandu di belakang anda.
3. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya dua saat antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Sesetengah pemandu akan berasa marah jika diekori terlalu rapat. Sekiranya anda diekori terlalu rapat, beri isyarat dan beri laluan untuk pemandu di belakang anda untuk memotong.
4. Gunakan hon jika perlu. Elak penggunaan hon secara berterusan sekiranya anda berasa marah dengan pemandu lain kerana perkara ini mengundang gejala samseng jalanan spontan.
5. Kekalkan tangan anda di atas stereng dan elakkan membuat isyarat yang boleh menimbulkan kemarahan pemandu lain, termasuklah ekspresi “selamat” seperti menggelengkan kepala.
6. Sekiranya ada pemandu yang naik marah, jangan memandang mata pemandu tersebut.
7. Berikan ruang yang banyak kepada pemandu yang sedang marah. Sekiranya pemandu lain cuba untuk mencetuskan pergaduhan, jauhkan diri anda seboleh mungkin. Pergaduhan tidak akan timbul jika tiada orang yang ikut terlibat. Ibarat bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.
8. Dapatkan bantuan sekiranya anda merasakan diekori oleh pemandu yang sedang marah dan cuba untuk mencetuskan pergaduhan. Gunakan telefon bimbit untuk menghubungi polis. Jika tiada telefon bimbit, pandu ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti balai polis, pasar raya dan hospital. Jangan keluar dari kenderaan atau pulang ke rumah.
Amalkan sikap bersopan santun dan bertimbang rasa. Terimalah kenyataan bahawa anda akan bertemu dengan pelbagai kerenah pemandu di jalan raya, dan perwatakan seseorang akan berubah apabila tangannya memegang stereng kereta. Oleh itu, sematkan budaya biar lambat asal selamat.

Pakai tali pinggan keledar

Jika anda masih lagi berfikir dua kali untuk memakai tali pinggang keledar, cuba renungkan fakta-fakta berikut:





  • Kebarangkalian untuk mendapat kecedaraan parah adalah dua puluh lima kali lebih tinggi jika anda tercampak keluar dari kereta anda daripada terikat di kerusi kereta.


  • Pemandu atau penumpang kereta yang memakai tali pinggang keledar mempunyai kelebihan 50% daripada mengalami sebarang kecederaan parah di dalam kemalangan jalan raya.


  • Dengan memakai tali pinggang keledar, anda boleh mengeluarkan diri dari kereta untuk meminta bantuan dan menolong penumpang lain keluar dari kereta dengan selamat.


  • Ribuan mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya mungkin dapat diselamatkan jika mereka memakai tali pinggang keledar.


  • Memakai tali pinggang keledar adalah salah satu undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi. Anda boleh didenda jika didapati melanggar undang-undang tersebut.


    Beringatlah, memakai tali pinggang keledar hanya mengambil beberapa saat daripada masa anda tetapi ia dapat menyelamatkan nyawa.

    untuk pendaftaran lesen memandu sila layari:-

    http://abmdriving.blogspot.com

    7 Tips Memandu Ketika Hujan

    7 Tips Memandu Ketika Hujan

    Berikut adalah tips yang mungkin kita terlepas pandang:

    1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.
    2. Kurangkan memandu di line kanan sekali. Saya sendiri pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta saya dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.
    3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.
    4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke naya?
    5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
    Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.
    6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.
    7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

    Pakailah Tali Pinggang Keledar!





    Pakailah Tali Pinggang Keledar!

    Adakah anda memakai tali pinggang keledar setiap kali anda memasuki kereta? Jika tidak, tahukah anda bahawa tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa anda jika berlaku kemalangan jalan raya?

    Anda sedang memandu mengikut hadlaju yang ditetapkan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta anda. Jika anda memakai tali pinggang keledar, bahagian badan yang paling kuat ketahanan seperti peha, bahu dan dada akan dapat menyerap tekanan rempuhan tersebut.

    Jika anda tidak memakai tali pinggang keledar, anda mungkin akan tercampak ke hadapan ke arah roda kemudi, papan pemuka atau cermin depan kereta. Paling malang jika anda tercampak keluar dari kereta yang boleh mengakibatkan kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa.

    Jika anda masih lagi berfikir dua kali untuk memakai tali pinggang keledar, cuba renungkan fakta-fakta berikut:



  • Kebarangkalian untuk mendapat kecedaraan parah adalah dua puluh lima kali lebih tinggi jika anda tercampak keluar dari kereta anda daripada terikat di kerusi kereta.

  • Pemandu atau penumpang kereta yang memakai tali pinggang keledar mempunyai kelebihan 50% daripada mengalami sebarang kecederaan parah di dalam kemalangan jalan raya.

  • Dengan memakai tali pinggang keledar, anda boleh mengeluarkan diri dari kereta untuk meminta bantuan dan menolong penumpang lain keluar dari kereta dengan selamat.

  • Ribuan mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya mungkin dapat diselamatkan jika mereka memakai tali pinggang keledar.

  • Memakai tali pinggang keledar adalah salah satu undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi. Anda boleh didenda jika didapati melanggar undang-undang tersebut.


    Beringatlah, memakai tali pinggang keledar hanya mengambil beberapa saat daripada masa anda tetapi ia dapat menyelamatkan nyawa.

    Keselamatan Kanak-kanak di Dalam Kereta





    Keselamatan Kanak-kanak di Dalam Kereta

    Tempat duduk kanak-kanak dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan daripada meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ianya amat merbahaya jika terjadi kemalangan.

    Sesetengah kereta mempunyai beg udara yang boleh mencederakan kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak berapa tinggi apabila ia menggelembung.

    Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa diikat dengan kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak-kanak. Gunakan tempat duduk yang sesuai dengan usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dengan kemas dan sempurna. Ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka!

    Untuk memastikan seorang kanak-kanak atau bayi yang aktif terikat dengan kemas di kerusi masing-masing bukanlah suatu kerja mudah tetapi ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka sekiranya terjadi kemalangan.

    Walaupun hanak-kanak berusia di antara empat hingga dua belas tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Jika tidak, anda boleh memasangnya.

    Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh duduk di tempat duduk hadapan tetapi pastikan mereka memakai tali pinggang keledar dengan sempurna sekalipun untuk perjalanan yang dekat.

    Tali pinggang keledar hendaklah dipakai seketat mungkin. Tali pinggang duduk hendaklah dipakai di paras pelvis bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya di leher dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu mereka dari tali pinggang keledar.

    Kanak-kanak biasanya akan menjadi tidak tenteram apabila memakai tali pinggang keledar. Mereka akan merengek atau meragam minta dilepaskan dari ikatan. Jangan sekali-kali mengalah dengan mereka kerana semuanya adalah untuk keselamatan mereka. Dan jangan sekali-kali meriba bayi atau kanak-kanak walaupun untuk perjalanan yang dekat.

    Kanak-kanak juga tidak boleh ditinggalkan sendirian di dalam kereta kerana mereka boleh lemas akibat daripada suhu dalam kereta yang boleh meningkat dengan mendadak. Lagipun, kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sering menjadi mangsa penculikan.

    Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda. Pastikan mereka sentiasa selamat di jalan raya.

    Teknik Belajar Motosikal

    Teknik Belajar Motosikal

     Teknik Ujian Pusingan 8:

    1. Tidak melanggar benteng
    2. Membuat satu setengah pusingan
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat

     Teknik Meniti Di Atas Papan:

    1. Roda tidak keluar dari papan
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal
    4. Tidak kurang dari 7 saat.

      Teknik Menunggang Di Antara Kon:

    1. Tidak Melanggar kon
    2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat

     Teknik Brek Kecemasan:

    1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
    2. Membrek di dalam kotak
    3. Tidak melebihi garisan berhenti
    4. Menggunakan brek kaki dan tangan

    Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:

    1. Tidak melanggar benteng
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
    4. Berhenti di garisan berhenti

    Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:

    1. Menggunakan topi keledar dengan betul
    2. Tidak menghidupkan enjin dalan gear
    3. Nyalakan lampu hadapan
    4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
    5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
    6. Memberi isyarat dengan betul
    7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali
    8. Penggunaan gear yang sesuai
    9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
    10. Memandu disebelah kiri
    11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
    12. Kaki tidak mencecah jalan
    13. Tidak melanggar benteng
    14. Tidak jatuh dari motosikal
    15. Tidak terlibat dalam kemalangan

    Tempat-tempat yang di larang memotong perlu di ambil perhatian seperti

    Tempat-tempat yang di larang memotong perlu di ambil perhatian seperti :-

    1) Kawasan selekoh, persimpangan.
    2) Kawasan mendaki bukit.
    3) Kawasan garisan berkembar.
    4) Kawasan sekolah, perumahan, pasar tani, pasar malam atau kawasan sibuk.
    5) Di dalam terowong.

    Teknik membrek kecemasan

    Teknik membrek kecemasan

    Apa sahaja situasi anda harus jangan panik. Jika panik apapun tak menjadi.
    Panduan ini adalah untuk situasi betul betul cemas, jika tidak ambil tindakan akibatnya nahas. Ada beberapa kaedah yang selalu diamalkan. Berikut hanya satu cara;
    1. Tutup pendikit dan jangan tarik klac. Kalau membrek secara biasa bolehlah tarik tapi bagi situasi betul betul cemas tidak ada masa untuk tarik klac malah jika klac ditarik ia akan membuat moto meluru kedepan.
    2. Tarik brek depan dan tekan brek belakang tetapi pastikan belakang tidak membuang kerana situasi begini cukup senang bagi roda belakang membuang. Sambil mengambil tindakan keatas brek kaki anda terus bertindak menukar kepada gear rendah tanpa mengguna klac. Ini adalah untuk mengguna kuasa enjin dalam membrek. Jika anda berada di gear 5 misalnya tidak ada masaalah tukar ke gear 3 atau dua tapi tukar satu gear demi satu gear.
    3. Brek depan harus diguna lebih dari belakang. Jika roda terkunci lepaskan brek seketika dan tekan kembali.
    4. Jika anda mengguna moto ringan seperti moto sport alihkan badan anda kebelakang sedikit supaya memberi beban keatas tayar belakang.

    Membrek cemas diselekoh

    Anda baru sahaja masuk selekoh dan didepan anda terdapat halangan yang boleh membahayakan anda. Tindakan betul adalah untuk menegakan moto anda dahulu sebelum tindakan membrek dilakukan.

    Fungsi Topi Keledar

    Fungsi Topi Keledar

    topikeledar

    Topi keledar moden dibina daripada plastik seringkali gentian plastik diperkukuh dengan kevlar atau gentian karbon. Ia biasanya dilengkapi dengan fabrik dan gabus di bahagian dalam bagi keselesaan dan perlindungan. Topi keledar biasanya direka agar pecah dalam kemalangan (dengan itu menyingkir tenaga yang mungkin sampai ke tengkorak pengguna), oleh itu ia kehilangan sifat pelindungannya selepas hentakan pertama. Ambil perhatian bahawa hentakan boleh berlaku selain kemalangan seperti menjatuhkan topi keledar, dan mungkin tidak menunjukkan kerosakan luaran. Untuk perlindungan terbaik, topi keledar perlu ditukar selepas sebarang hentakan, dan setiap sekitar tiga tahun walaupun tiada hentakan diketahui berlaku.
    Topi keledar biasa mempunyai dua prinsip perlindungan:
    Cangkerang luar yang keras dan nipis, biasanya diperbuat daripada acrylonitrile butadiene styrene plastik (ABS), gentian kaca atau kevlar dan lapik lembut dan tebal dibahagian dalam yang biasanya diperbuat daripada gabus polystyrene atau gabus polypropylene.
    Matlamat cangkerang keras dibahagian luar adalah:
    • Untuk menghalang topi keledar ditembusi oleh objek tajam yang mampu menembusi tengkorak, dan
    • Menjadi struktur kepada lapik dalaman agar ia tidak berkecai akibat bergeser dengan jalan. Ini amat penting kerana gabus yang digunakan tidak mudah ditembusi dan berkecai. Kegunaan lapik gabus adalah untuk ia remuk apabila terkena hentaman, dengan itu meningkatkan jarak dan tempoh masa bagi topi keledar memperlahankan dan menghentikan pergerakan kepala.


    Untuk memahami tindakan topi keledar, ia penting bagi memahami mekanisma kecederaan kepala.
    Pendapat umum biasa adalah kegunaan topi keledar adalah untuk melindungi kepala daripada pecah apabila terhantuk adalah salah. Keretakan kepala biasanya tidaklah membahayakan nyawa kecuali retakan itu mendak dan menekan otak dibawah dan keretakan tulang biasanya sembuh dalam tempoh yang singkat. Kecederaan otak adalah lebih serius. Ia biasanya menyebabkan kematian, kecacatan kekal atau perubahan tingkah-laku dan, tidak seperti tulang, tisu neurologikal mempunyai keupayaan terhad bagi sembuh selepas kecederaan.
    Dengan itu, matlamat utama topi keledar adalah untuk menghalang kecederaan otak trauma (traumatic) manakala kecederaan tengkorak dan muka adalah matlamat yang kedua.
    Jenis kecederaan kepala paling biasa semasa kemalangan motosikal ialah kecederaan kepala tertutup, di mana kecederaan kepala tanpa tengkorak pecah berlainan dengan kecederaan kepala yang disebabkan oleh luka peluru. Kecederaan kepala tertutup disebabkan sentakan kuat pada bahagian kepala yang menyebabkan otak bergegar didalan tengkorak. Bayangkan bagaimana anda tersentak ke hadapan dan ke belakang semasa menaiki bas ketika ia memecut dan berhenti.
    Semasa hentaman kepada bahagian hadapan kepala, otak bergerak kehadapan, menekan tisu berhampiran tempat hentakan, menegang tisu pada bahagian bersetentangan. Kemudian otak tersentak pada arah berlawanan, menegang tisu dibahagian tempat hentaman dan menekan tisu pada bahagian bersententangan pula. Saluran darah yang menyambungkan otak kepada bahagian dalam tengkorak mungkin juga putus semasa kejadian ini, menyebabkan pendarahan yang merbahaya.
    Jelas bahawa lapik pada topi keledar lembut dan tebal agar kepala berhenti pada kadar lebih perlahan semasa ia terbenam padanya. Malangnya terdapat had setebal mana topi keledar boleh dibuat kerana topi keledar menjadi tidak sesuai untuk digunakan sekiranya lapiknya melebihi 1 atau 2 inci tebal. Ini mengehadkan betapa lembut lapik yang digunakan. Sekiranya lapik itu terlalu lembut, kepala akan meremukkannya tanpa berhenti semasa kemalangan. Dengan itu kepala akan terhantuk pula dengan cangkerang keras topi keledar dan ini mampu menyebabkan kecederan teruk pada otak.
    Ini bererti lapik topi keledar yang sesuai mestilah cukup keras untuk memperlahankan pergerakan kepala agar berhenti secara sekata sebelum ia meremukkan lapik tersebut sepenuhnya dan tidak lebih keras daripada yang diperlukan. Oleh itu berapa keras ia yang diperlukan? Jawapannya jelas, bergantung kepada keadaan. Ia bergantung kepada laju hentaman pada kepala, yang pastinya tidak diketahui semasa pengilangan topi keledar tersebut.
    Hasilnya ialah pengilang perlu memilih kelajuan yang mungkin berlaku semasa kemalangan dan mengoptima topi keledar bagi kelajuan tersebut. Sekiranya topi keledar tersebut dihentam lebih perlahan berbanding yang ia direka, ia akan membantu tetapi kepala akan berhenti lebih ganas berbanding yang sepatutnya perlu sekiranya diambil kira ruang yang ada antar bahagian dalam dan luar topi keledar tersebut, walaupun ia lebih perlahan berbanding tanpa topi keledar.
    Sekiranya hentaman itu lebih kuat berbanding reka bentuk, kepala akan meremukkan lapik sepenuhnya dan memperlahankan tetapi tidak berhenti pergerakan kepala semasa ia berlaku. Apabila bahan pelabih remuk sepenuhnya, kepala akan berhenti mengejut, satu keadaan yang tidak diingini. Bagaimanapun keadaan hentakan ini adalah lebih teruk sekiranya topi keledar tidak digunakan langsung.


    Sungguhpun begitu, topi keledar dengan lapik yang lebih keras yang menghentikan kepala sebelum gabus lapik remuk sepenuhnya adalah lebih baik. Oleh itu topi keledar paling berkesan apabila hentaman berlaku pada kelajuan yang direka dan terus membantu pada kelajuan berlainan.
    Secara praktikal pengilang topi keledar memilih kelajuan hentaman yang mereka akan reka berasaskan kelajuan yang digunakan dalam ujian topi keledar piawaian. Kebanyakan topi keledar piawaian menggunakan kelajuan antara 5 dan 7 meter/sesaat. Pilihan ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam unit piwaian.

    Punca-punca dan cara mengatasi kemalangan jalan raya

    Punca-punca dan cara mengatasi kemalangan jalan raya


    1)kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu.
    ~juga menggunakan lesen memandu yang palsu.
    ~apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu ~tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan.
    ~apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan
    ~seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.

    2)berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri.
    ~Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk
    ~Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu
    ~mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan.
    ~Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka.
    ~pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

    3)berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk
    ~mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk.
    ~mereka memandu dalam keadaan berkhayal.
    ~Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan
    ~juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk

    5 perkara yang tidak patut dilakukan ketika memandu

    1. 39.13% pemandu menyatakan bahawa mereka makan atau minum ketika pemanduan.
    2. 30.1% menyatakan bahawa mereka bercakap melalui telefon ketika pemanduan.
    3. 8.6% menyatakan mereka membalas mesej ketika pemanduan.
    4. 2.95% menyatakan mereka memperkemaskan diri ketika pemanduan. (bermekap)
    5. 2.09% menyatakan mereka membaca buku ketika pemanduan.
    2.09% pula mengakui bahawa mereka melakukan aktiviti lain ketika pemanduan tetapi tidak ingin menyatakan apa yang mereka lakukan. Di sini dapat disimpulkan bahawa senarai diatas adalah mungkin salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kes kemalangan. Di harap selepas ini anda tidak lagi melakukan kesalahan seperti diatas jika sebelum ini anda pernah melakukannya. Hargailah nyawa anda dan orang lain.