Sejarah
Lesen memandu pertama di dunia pertama kali dikeluarkan kepada pencipta kereta moden, Karl Benz, pada tahun 1888. Disebabkan bunyi bising serta bau asap kereta Motorwagen ciptaannya yang menimbulkan bantahan di kalangan penduduk Mannheim, Benz memohon dan menerima kebenaran bertulis dari pihak berkuasa Grand Ducal untuk membolekannya mengendalikan keretanya di atas jalan raya awam.[1]Sehinggalah permulaan abad ke-20, pihak berkuasa di Eropah mengeluarkan lesen memandu secara ad hoc.[1] Pihak berkuasa tempatan yang mula-mula sekali mewajibkan permohonan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu adalah Prussia, pada 29 September 1903. Dampfkesselüberwachungsverein ("Persatuan Pengawasan Dandang Wap") diberi kuasa untuk mengendalikan ujian, yang kebanyakannya melibatkan pengetahuan mekanikal pemandu.[1] Pada tahun 1910, kerajaan imperial Jerman mewajibkan pelesenan pemandu di peringkat kebangsaan, mewujudkan satu keperluan sistem pendidikan serta ujian memandu yang menjadi model kepada undang-undang pelesenan pemandu di negara-negara lain.[1]