Sebagai pemandu dan bakal
pemandu kita perlu tahu beberapa kedudukan pelanggaran yang perlu di
elakkan daripada berlaku sebagaimana berikut :-
1) Dengan kenderaan di hadapan.
2) Dengan kenderaan di belakang.
3) Ketika memotong.
4) Ketika dipotong
5) Di persimpangan jalan.
6) Dengan kenderaan dari arah hadapan.
7) Jatuh Jambatan
8) Dengan pejalan kaki.
9) Terbabas Dalam Gaung.
10) Di persimpangan lampu isyarat.
11) Ketika Menukar lorong.
Kalau hendak di senaraikan
banyak lagi yang kita boleh tulis tapi perkara yang paling penting kita
mesti ada ilmu pemanduan, kemahiran dan pengalaman memandu yang baik dan
sempurna untuk mengelakkan kecelakaan berlaku di atas jalanraya.
Saya ambil contoh apabila kita
hendak keluar dari persimpangan, sentiasa amalkan empat peraturan ini
iaitu (1) Tahu arah - pastikan lorong yang betul
(2) Perlahankan kenderaan.
(3) Isyarat.- pastikan lampu isyarat di nyalakan samada kanan atau kiri.
(4)
Berhenti & Bergerak dgn berhati-hati.- pastikan keadaan dari kanan,
kiri atau hadapan selamat sebelum bergerak keluar dari persimpangan.
Selain daripada itu sentiasa kita amalkan peraturan
2 atau 4 saat, peraturan 12 saat, kawasan Blindspot, mengenalpasti
Hidroplanning dan apa yang perlu di lakukan, penggunaan cermin sisi kiri
kanan dan pandang belakang dan beberapa peraturan lain berkaitan.
Di harap sedikit sebanyak
maklumat di atas dapat membantu anda memperbaiki cara pemanduan kita
yang memandu semborono atau mantapkan lagi pemanduan anda yang telah
tersedia memandu secara berhemat. Hingga jumpa lagi di lain tajuk.