.

MENGENAL PASTI HALANGAN DI ATAS JALANRAYA

Ramai pemandu yang berpengalaman dan mempunyai lesen memandu maupun yang baru nak mengambil lesen kurang peka terhadap mengenalpasti halangan di Jalan Raya. Di mana Halangan merupakan elemen-elemen yang dikenalpasti boleh mendatangkan risiko bahaya atau masalah semasa sedang memandu.

Terdapat banyak formula serta teknik boleh di gunakan antaranya teknik SPA. Apa dia SPA ni? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke? Bukan .....tapi singkatan See (Melihat), Planning (Merancang), Action (Bertindak).

Sebelum tu kita bahagikan halangan kepada tiga (3) jenis iaitu:-
( 1 ) Halangan Fizikal - Persimpangan, bulatan, selekoh, bukit tinggi dan seumpamanya.
( 2 ) Halangan Semulajadi - keadaan cuaca, panas terik, hujan.
( 3 ) Halangan Kedudukan & Pergerakan Pengguna Jalanraya.- Pejalan kaki, haiwan, pemandu kereta, lori serta penunggang motosikal dan basikal.

Apabila kita memandu pandangan mata kita sentiasa memandang jauh ke hadapan lebih kurang 100 meter dan memerhati keadaan persekitaran di sepanjang jalanraya. Walaupun mungkin kita telah melalui sesuatu jalan beratus hingga beribu kali tetapi tidak mustahil jika kita alpa pada satu detik kita akan terlibat dengan kemalangan.

Saya bagi contoh bagaimana hendak mengenalpasti halangan semasa memandu, apabila kita melihat di hadapan ada sebatang jalan berselekoh tajam, semestinya kita membuat perancangan awal untuk memperlahankan dan memandu berhati-hati. Manakala tindakan kita seterusnya membrek secara perlahan agar kelajuan kereta dapat dikurangkan dan memastikan kawalan stering di pegang kemas.

Begitu juga contohnya kita lihat lampu isyarat di hadapan sedang hijau, sebagai pemandu berhemat jika memperlahankan sedikit kereta dalam jarak lebih kurang 30 meter sebelum lampu isyarat contohnya daripada 70 km/j ke 50 km/j dan jangan sekali-kali mengejar lampu hijau (menambahkan kelajuan) kerana lampu hijau akan bertukar menjadi kuning seterusnya merah bila-bila masa sahaja.

Apabila sebelum garisan berhenti lampu bertukar kuning dan tiada kenderaan laju mengekori dari belakang, kita akan berhenti sebelum garisan berhenti dengan selamat. Kalau lampu masih hijau teruskan perjalanan dengan berhati-hati.

Di harap tips-tips di atas dapat di amalkan dan sentiasa patuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.....