Jarak Yang Sesuai
Langkah yang terbaik untuk mengelak
anda dari melanggar kenderaan di hadapan atau pun di sondol oleh kenderaan di belakang
adalah jarak yang sesuai. Jarak ini memberi anda ruang untuk mengambil tindakan
susulan dan juga ruang untuk bertindak. Ia sebagai kusyen antara anda dan
kenderaan lain. Apakah jarak yang sesuai
dan selamat? Ramai yang mengira jarak mengukut
panjang bas. Jarak yang sesuai kata mereka adalah dua panjang bas. Itu mungkin
betul tetapi pada kelajuan tertentu sahaja. Jarak kita dengan kenderaan lain
tidak sepatutnya dikira dalam unit sukat seperti kaki, meter atau panjang bas. Jarak yang selamat mesti mengikut kelajuan
dan jarak yang paling baik adalah 2 saat dalam cuaca biasa dan 3 saat jika
jalan basah..Mengekor Kenderaan Lain
“Mengekor kenderaan terlalu rapat” adalah
antara faktor penyebab kemalangan motosikal melanggar kenderaan lain dari
belakang. Di jalan raya yang sentiasa penuh dengan kenderaan lain anda harus
memberi ruang sekurang kurangnya 2 saat . Macam mana tu?
Cari satu tanda, misalnya tiang
lampu. Sebaik kenderaan di hadapan melintas tiang tersebut mula kira ‘satu ribu
satu, satu ribu dua’ Melafaz ayat ini
akan memakan masa kurang lebih 2 saat. Bila habis melafaz lihat posisi anda.
Jika anda belum sampai ke tiang itu maka anda di posisi selamat tetapi jika
anda telah terlepas tiang tersebut anda berada di posisi merbahaya kerana jika
kereta di hadapan membrek anda tidak ada peluang untuk mengelak. Ini kerana
pemandu yang cekap dapat memberhentikan kenderaan 2 saat.
Perlu diingatkan bahawa jarak dua saat adalah untuk pemandu/penunggang yang cekap dan keadaan kenderaan diprestasi tinggi dan jalan pula sempurna. Untuk kita yang biasa ni lebih selamat jika ditambah satu saat lagi.
Jika cuaca kurang elok tambahkan 1 atau 2 saat lagi mengikut keadaan.
• Ramai pemandu lupa bahawa cermin sisi mereka terkeluar lebih dari badan kereta mereka. Jika tiada ruang cermin sisi boleh mengesel hendel motosikal.
• Barang buangan dari kereta biasanya bukan dilakukan oleh pemandu tetapi penumpang yang tidak kisah akibat tindakan mereka. Tindakan anda mengelak sampah mungkin menyebabkan kereta dari belakang merempuh anda.
• Tiupan dan Sedutan dari kenderaan besar - ini boleh menggugat kestabilan moto anda. Jadi pastikan kedua-dua tangan anda ada pada handel apabila nampak kenderaan besar hendak memotong.
Pertahan posisi anda dan jangan mengalih ke kiri atau kanan kerana ini cuma akan membuka ruang untuk kenderaan dari belakang untuk mencelah.
Perlu diingatkan bahawa jarak dua saat adalah untuk pemandu/penunggang yang cekap dan keadaan kenderaan diprestasi tinggi dan jalan pula sempurna. Untuk kita yang biasa ni lebih selamat jika ditambah satu saat lagi.
Jika cuaca kurang elok tambahkan 1 atau 2 saat lagi mengikut keadaan.
Sedang Diekori
Jika ada kenderaan mengekori anda pada jarak yang kurang selesa anda boleh meningkatkan kelajuan anda sehingga jarak yang selamat atau anda boleh memperlahankan moto dan memberi isyarat supaya dia memotong. Jika ada lorong kiri yang kosong anda juga boleh menukar lorong dengan memberi isyarat. Jika tiada lorong yang kosong jangan sekali meletakan diri anda dalam bahaya dengan memandu di sisi kiri atau kanan lorong tersebut kerana ini akan menggalakan pemandu tersebut mencelah dan mungkin menolak anda dari jalan tersebut. Dalam situasi begini cuma tingkatkan kelajuan dan jika dia masih mengekori cari tempat yang lapang dan baru memberi dia laluan untuk memotong.Memotong
1. Posisikan moto di sebelah kanan lorong pada jarak yang selamat supaya penglihatan anda jelas . Pastikan tiada kenderaan di hadapan dan juga di belakang yang mungkin hendak memotong anda. Beri isyarat dan sebelum memulas pendikit untuk mendapat kelajuan lihat sekali lagi di cermin sisi kanan untuk memastikan selamat. Akhir sekali lihat di belakang bahu anda untuk pasti tiada kenderaan dan potong.Sentiasa ingat bahawa memotong bukan boleh dilakukan di mana sahaja. Jika situasi membenarkan baru boleh memotong !
2. Jika selamat bergerak ke lorong kanan anda dan tingkatkan kelajuan. Bila sudah memotong, kembali ke lorong asal tetapi pastikan jarak kereta yang anda potong selamat.
3. Bila berada di lingkungan buta kereta, potong secepat mungkin.
4. Beri Isyarat dan periksa cermin sisi kiri bagi memastikan lorong asal anda kosong sebelum kembali ke lorong asal.
Dipotong
Apabila anda dipotong dari belakang pastikan anda berada di bahagian tengah lorong anda. Ini akan memberi anda ruang jika berlaku sesuatu seperti tiupan angin dari kenderaan yang memotong tadi.Elak dari dirempuh :
• Jangan mencuba nasib. Sedikit kelalaian akan mengakibatkan anda digesel atau dirempuh kenderaan dari belakang atau tepi.• Ramai pemandu lupa bahawa cermin sisi mereka terkeluar lebih dari badan kereta mereka. Jika tiada ruang cermin sisi boleh mengesel hendel motosikal.
• Barang buangan dari kereta biasanya bukan dilakukan oleh pemandu tetapi penumpang yang tidak kisah akibat tindakan mereka. Tindakan anda mengelak sampah mungkin menyebabkan kereta dari belakang merempuh anda.
• Tiupan dan Sedutan dari kenderaan besar - ini boleh menggugat kestabilan moto anda. Jadi pastikan kedua-dua tangan anda ada pada handel apabila nampak kenderaan besar hendak memotong.
Pertahan posisi anda dan jangan mengalih ke kiri atau kanan kerana ini cuma akan membuka ruang untuk kenderaan dari belakang untuk mencelah.
KONVOI atau Menunggang Berkumpulan
Apabila Syawal hampir tiba ramai antara kita akan berkonvoi untuk balik kampung. Berkonvoi atau menunggang berkumpulan sungguh menyeronokkan kerana bersama kawan-kawan yang ramai. Tetapi anda harus tahu bahawa berkonvoi itu boleh mengundang bahaya. Untuk menggurangkan bahaya ini ada beberapa petua yang patut di ikuti.Kumpulan harus kecil
Kumpulan yang kecil adalah lebih selamat kerana ia senang di kawal dan kenderaan lain juga tidak terganggu sangat. Jika Kumpulan anda besar pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Paling sesuai antara 5/6 moto. Setiap kumpulan perlu ada ketua dan ketua adalah yang paling berpengalaman antara semua.Berkumpulan Harus Bersama bukan Bersatu
Berkonvoi bukan bermakna bersatu di dalam satu kelumpuk macam sekelompok lebah terbang kesana sini. Berkonvoi atau menunggang berkumpulan ada tata tertibnya. Ini semua untuk menjaga keselamatan setiap ahli kumpulan dan juga tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya yang lain..• Rancang — Ketua kumpulan perlu meninjau jauh kehadapan untuk memastikan tiada halangan atau perkara yang boleh mengugat perjalanan anda. Beri isyarat lebih awal supaya kempulan dapat bersedia.* Jangan banyak ragam – Ahli kumpulan harus ikut arahan ketua kumpulan. Jika ada sesuatu yang tidak dipersetujui beritahu sebelum bergerak. Jangan sudah tiba tempat makan baru menghilang kerana makanan mungkin tidak secocok ataupun berhenti isi minyak dia tidak henti kerana stesyen minyak bukan jenamanya. Jika tidak boleh mengikut arah jangan gatal nak berkonvoi.
• Orang baru di hadapan — Penunggang yang kurang berpengalaman perlu di posisi hadapan, di belakang ketua yang mengepalai kempulan. Cara ini penunggang yang lebih berpengalaman boleh memperhatikan yang kurang berpengalaman.
• Kelajuan — Dalam sesuatu kumpulan mesti terdapat yang paling perlahan misalnya. Kelajuan kumpulan harus serentak dengan yang paling perlahan. Cara ini tiada yang ketinggalan atau pun tiada yang akan menunggang lebih laju dari kemampuannya.
• Tahu Jalan — Ketua harus memberi taklimat tentang jalan yang akan diambil. Begini jika ada yang ketinggalan tidak sesat. Rancang dan beritahu ahli kumpulan tempat rehat, isi minyak, minum, makan, solat dan sebagainya sebelum bergerak.
Jaga Jarak Anda
Jarak berkumpulan harus dijaga tetapi janganlah rapat sangat. Perkara yang mesti di jaga adalah;Jangan berkumpul seperti lebah. Ikut formasi yang teratur. Tidak perlu bercakap antara satu sama lain. Isyarat tangan memadai.
Formasi— berkonvoi adalah seperti berikut. Di jalan dua lorong seperti lebuhraya ketua di hadapan di sebelah kanan lorong yang diguna ( mengikut kelajuan) Penunggang kedua satu saat belakang ketua tetapi di kiri lorong tersebut. Penunggang ketiga di sebelah kanan lorong satu saat belakang penunggang kedua atau 2 saat belakang ketua. Penunggang keempat di kiri satu saat belakang dan seterusnya.Formasi Satu Barisan — terbaik untuk menunggang di jalan satu / dua lorong, di kawasan bengkang bengkok, apabila membelok untuk masuk satu persimpangan keluar dari lebuh raya dan juga memasuki lebuh raya. Pada hakikatnya formasi ini bukan semestinya lurus tegak tetapi seperti dua barisan Cuma lebih rapat. Pastikan jarak anda 2 saat.
- Memotong — Harus dilakukan satu persatu.
- Pertama, ketua kumpulan _ memotong apabila selamat
- Kedua_penunggang kedua bergerak ke kanan jalan dan memotong bila selamat. Ketika pemandu kedua beralih ke kanan penunggang ketiga harus ke belakang sedikit untuk menjaga jarak.
Kesilapan yang dilaku ramai penunggang yang kurang pengalaman adalah terlampau laju bagi sesuatu selekoh itu. Ini berlaku mungkin kerana silap membaca selekoh tersebut. Bila dah masuk selekoh baru sedar berapa tajamnya selekoh tersebut.. Ini membuat penunggang tersebut terbabas. Jika terbabas pada selekoh kanan tidak apa juga habis-habis masuk rumput dan paling teruk masuk longkang atau langgar tebing, tetapi jika selekoh kekiri terbabas bermakna memasuki lorong bertentangan. Jika ada kenderaan ketika itu, Nahas!
Satu kesilapan yang kerap dilakukan adalah membrek terlalu kuat. Bila ini berlaku anda akan kehilangan kendalian moto. Ambil selekoh dengan teliti.
- Perlahan sebelum tiba di selekoh dengan menutup pendikit dan guna brek jika perlu.
- Lihat & Teliti arah yang anda hendak tuju , pandang kehadapan ke arah tersebut.
- Pilih – gear yang sesuai. Jika anda berada digear no 5 sebelum selekoh turun ke gear empat dan jika perlu ke gear tiga.
- Alih sedikit posisi badan kearah selekoh yang hendak diambil. Jika selekoh kanan alih posisi badan kekanan moto anda sedikit.
- Tekan pendikit untuk memastikan roda belakang sentiasa ada kuasa. Ini akan menimbangkan moto di selekoh. Pastikan moto di dalam gear ketika mengambil selekoh. Jangan tarik klac dan mengeluncur.
- Tingkatkan kelajuan apabila keluar dari selekoh.