.

Lorong Kecemasan

Bahu jalan merupakan kawasan rizab jalan di tepi sesebuah jalan raya atau lebuh raya. Secara amnya ia dikosongkan daripada sebarang jenis kenderaan; namun demikian, sekiranya berlaku kecemasan ataupun kerosakan kenderaan, pemandu boleh beralih ke bahu jalan untuk keluar daripada aliran trafik dengan selamat. Bahu jalan juga berguna sebagai langkah mengelak kemalangan jalan raya dengan menyediakan ruang untuk pemandu beralih ke tepi sekiranya kenderaan dari arah hadapan gagal beralih ke lorong sepatutnya akibat hilang kawalan. Kenderaan kecemasan seperti ambulans dan kereta polis juga boleh menggunakan bahu jalan bagi mengalak kesesakan di laluan utama. Oleh yang demikian, bahu jalan juga turut dikenali sebagai lorong kecemasan.