.

KETAHUI JENIS LESEN MEMANDU

Kali ini saya akan terangkan beberapa jenis lesen memandu untuk makluman tuan puan yang mengunjungi blog pemanduan berhemat ini. Jenis-jenis lesen memandu di keluarkan mengikut kegunaan sesuatu lesen di atas jalanraya Malaysia sebagaimana di bawah:-
1.  LDL ( Learner Driving Licence ) iaitu lesen belajar memandu atau di kenali lesen "L" bagi membolehkan seseorang belajar memandu kenderaan mengikut kelas di keluarkan seperti kelas B,B2,D,E. Lesen 'L' sah tempoh sehingga 2 tahun di kira mulai tarikh lulus ujian Bhg 1 (Komputer/Bertulis) sehingga 24 bulan tetapi perlu di perbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika masih belum mengambil/lulus ujian JPJ.

2. PDL ( Probationary Driving Licence ) iaitu lesen memandu percubaan di keluarkan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ bagi tempoh 2 tahun.
3. CDL ( Competent Driving Licence ) iaitu lesen memandu kompeten di keluarkan setelah pemandu baru tamat tempoh percubaan memandu. Boleh di perbaharui untuk tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun dan 5 tahun sahaja. Manakala bagi mereka yang keluar negara dan ingin memandu kenderaan mereka perlu mendapatkan permit :-
    1. IDP ( International Driving Permit ) iaitu Permit Memandu Antarabangsa di keluarkan untuk pemegang lesen CDL yang ingin memandu di negara asing. 
4. Lesen Memandu Vokasional seperti PSV Teksi, PSV Bas, PSV Van, GDL kejur, GDL Bersendi dan Lesen Konduktor di keluarkan bagi membolehkan pemandu memandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan.

Di harap sedikit maklumat di atas dapat membantu kita memahami dengan jelas jenis-jenis lesen memandu yang di keluarkan di negara Malaysia. Insya Allah kita akan jumpa lagi dengan topik lain selepas ini.