.

4 Peraturan Jarak Kenderaan Semasa Memandu

Pemandu-pemandu Dan Peraturan Jarak Yang Penting

Sewaktu persekitaran tahun 1969 atau awal tujuh puluhan, perniagaan sekolah memandu agak longgar. Pengajar masa itu tidak mempunyai sijil mengajar seperti sekarang.
Demikian juga, rancangan untuk mengajar calon-calon pun tidak wujud. Maka terserlah kepada pihak sekolah memandu bagaimana hendak uruskan pengajaran seseorang calon itu.
Walaubagaimanapun, ketika itu, sekolah-sekolah memandu mengikuti kaedah ala Inggeris atau British.
Hari ini, saya gemar untuk menyentuh tentang soal “Peraturan Jarak” yang betul yang sepatutnya di amal oleh para pemandu.

Soal di atas amat penting. Sekiranya tidak mengikuti peraturan jarak yang betul, sudah tentu akan berlakunya kemalangan kereta.

Sebelum di ketengahkan, peraturan-peraturan, izinkan di terangkan bahawa, sekolah memandu keseluruhan di Malaysia hari ini mengikuti kaedah memandu Panduan Berhemat, suatu konsep memandu yang berasal di Australia.

Konsep atau kaedah memandu England, yang kita ikuti sebelum Merdeka itu, di anggap sudah tidak sesuai lagi untuk zaman moden ini.

Topik Peraturan Jarak soal penting kepada seorang pemandu. Dengan peraturan-peraturan jarak yang betul, di harapkan dapat kurang kadar kemalangan di jalan raya.

Empat peraturan jarak yang penting yang saya akan ketengahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan ialah:

1) Peraturan 2 saat.

Apabila memandu di belakang sesebuah kenderaan, pemandu di syorkan berada 2 saat di belakang kereta depan. Ini di anggap jarak yang paling selamat.
Dua saat, mengikut kajian pakar-pakar, memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta depan dalam satu-satu situasi kecemasan.

2) Peraturan 4 saat.

Semasa wakti hari hujan, keadaan jalan basah serta licin. Tidak sesuai lagi di amal peraturan 2 saat lagi. Dalam keadaan sedemikian, pemandu-pemandu di nasihatkan menggunakan kaedah “Peraturan 4 saat”, iaitu 2 kali ganda peraturan 2 saat tadi.
Apa yang di ertikan adalah, gandakanlah jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan. Ini akan mengelakkan perlanggaran atau akibatkan anda menyondol belakang kereta depan.
Ingat bahawa melanggar kereta depan, merupakan suatu kesalahan traffik.
Berkait dengan topic ini, saya rasa penting saya ingat para pemandu 2 perkara:
i) Kenderaan tayar sama ada atau tidak berbunga harus di ambil kira juga.
ii) Sekiranya melanggar belakang kenderaan orang lain, mungkin boleh kena saman RM300 (tidak dapat mengawal kenderaan Seksyen 119 (2))

3) Peraturan 3 saat.

Peraturan ini khas untuk mengekori motorsikal. Berbeza dengan kereta, motorsikal di anggap kenderaan bahaya.
Penunggang dan pemboncit tidak terlindung. Ia beroda dua.
Di nasihatkan, jauhi daripadanya sewaktu memandu. Amalkan sekurang-kurang 3 saat sebagai langkah keselamatan.

4) Peraturan 12 saat.

Peraturan ini bagi mengekori kenderaan-kenderaan yang panjang seperti bas, lori and treler. Di sini, pemandu mempelajari kemahiran imbas 12 saat atau 100 meter ke hadapan.
Peraturan ini, membolehkan seseorang memerhatikan “lalu lintas” dari mana-mana arah di dalam masa yang sesuai bagi menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan.
Di atas adalah 4 peraturan jarak yang penting, yang di harapkan dapat membantu anda menjadi seorang pemandu yang lebih cekap.