Kesalahan trafik adalah kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau Akta Lembaga Pelesnan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)
Di bawah Akta-Akta ini, denda minimum adalah RM300.00. Ia boleh
mencapai RM10,000.00 Mengikut kesalahan yang dilakukan. Kenderaan anda
juga boleh disita dan dilucuthak.
Bagi kesalahan-kesalahan yang serius, anda boleh dipenjarakan sehingga 5
tahun dan lesen anda boleh dibatalkan atau digantung sekurang-kurangnya
12 bulan. Sekiranya anda tidak mempunyai lesen memandu semasa
kesalahan-kesalahan dilakukan , anda boleh dilarang untuk memohon lesen
sekurang-kurangnya dilakukan, anda boleh dilarang untuk memohon lesen
sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh hukuman.
JENIS-JENIS KESALAHAN
Di dalam Akta-Akta ini, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1. Saman Boleh Dikompaun
Anda boleh membayar kompaun tersebut sebelum luputnya tarikh yang telah
ditetapkan di dalam notis JPJ(P)22Pin.1/94 dan Polis 257 Pin.4/95 yang
telah diterima oleh anda sewaktu saman dikeluarkan. Tetapi jika tarikh
kompaun telah tamat, anda dikehendaki hadir ke Mahkamah.
2. Saman Tidak Boleh Dikompaun
Kehadiran anda di Mahkamah adalah diwajibkan. Sekiranya anda tidak
hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, waran tangkap akan dikeluarkan
terhadapa anda.
3. Kesalahan Yang Boleh Ditangkap
Kesalahan ini adalah melilbatkan kesalahan-kesalahan seperti memandu
secara merbahaya menyebabkan kematian, memandu secara melulu dan
membahayakan dan juga memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.
Bagi kesalahan ini, anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa sehingga 14
hari untuk disoal siasat sebelum anda di bawa ke Mahkamah untuk diadili.
Peruntukan Undang-Undang
SEMUA KESALAHAN DI ATAS MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM RM10000.00ATAU TIGA (3) BULAN PENJARA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI