Memandu dalam keadaan hujan memerlukan lebih perhatian. Permukaan jalan yang basah memerlukan pemandu menggunakan pergerakan yang lembut terhadap :-
- Stereng
- Brek
- Cekam(clucth)
- Pedal minyak (accelerator)
Penggunaan
secara kasar memungkinkan berlaku gelinciran kepada kenderaan. Tindakan
yang terbaik ialah kurangkan kelajuan dan tingkatkan pemerhatian. Ingat
pemandu yang baik ialah pemandu yang dapat menyesuaikan pemanduan
mengikut keadaan jalan dan keupayaan kenderaan.