.

Sikap Pemandu


1. Bagi lampu isyarat (signal) last minit
2. Masuk simpang kiri dari lorong paling kanan 
3. Pandang remeh pada lampu break ke-3
4. Terlalu banyak break
5. Pandu perlahan di lorong laju

PEMERHATIAN (OBSERVETION)


Pemandu yang baik memiliki tabiat pemerhatian yang baik. Pemerhatian yang baik boleh membantu anda membuat keputusan lebih cepat dan tepat. Anda harus ingat semakin laju anda memandu semakin cepat masa yang di perlukan untuk bertindak. Anda harus cepat menjangka, mengenalpasti dan bertindak terhadap halangan yang datang. Kesilapan menjangka dan mengenalpasti akan menyebabkan kegagalan anda betindak dengan cepat dan tepat. Kemalangan besar boleh berlaku akibat dari sedikit kesilapan kita.

Memandu di jalan basah..



Memandu dalam keadaan hujan memerlukan lebih perhatian. Permukaan jalan yang basah memerlukan pemandu menggunakan pergerakan yang lembut terhadap :-
  • Stereng
  • Brek
  • Cekam(clucth)
  • Pedal minyak (accelerator)
Penggunaan secara kasar memungkinkan berlaku gelinciran kepada kenderaan. Tindakan yang terbaik ialah kurangkan kelajuan dan tingkatkan pemerhatian. Ingat pemandu yang baik ialah pemandu yang dapat menyesuaikan pemanduan mengikut keadaan jalan dan keupayaan kenderaan.

Sikap cepat berubah, Mental lemah, Budaya merosot

Memandu adalah suatu seni yang terbentuk melalui proses semulajadi, pembelajaran dan pengalaman. Kenapa kita dalam suatu keadaan boleh bersabar tetapi bila kita memandu dijalan raya sikap kita tidak konsisten, kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. Ini menunjukkan bahawa mental kita sangat lemah. Keinginan untuk melawan arus lebih tinggi berbanding keinginan untuk mengelakkan kemalangan. Pada hal jika kemalangan berlaku tiada sesiapa yang mendapat keuntungan. Yang mendapat keuntungan dari kemalangan ini ialah pemilik trak tunda dan bengkel kenderaan. Yang rugi masa, wang dan nyawa ialah kita iaitu pemandu. Jika kita semua ada kekuatan mental, pemanduan kita akan lebih sempurna dan budaya memandu rakyat kita adalah pemandu selamat sepanjang hayat.

Kesalahan trafik

Di bawah Akta-Akta ini, denda minimum adalah  RM300.00.  Ia boleh mencapai RM10,000.00 Mengikut kesalahan yang dilakukan.  Kenderaan anda juga boleh disita dan dilucuthak.
Bagi kesalahan-kesalahan yang serius, anda boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun dan lesen anda boleh dibatalkan atau digantung sekurang-kurangnya 12 bulan.  Sekiranya anda tidak mempunyai lesen memandu  semasa kesalahan-kesalahan dilakukan , anda boleh dilarang untuk memohon lesen sekurang-kurangnya  dilakukan, anda boleh dilarang untuk memohon  lesen sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh hukuman.
 
JENIS-JENIS KESALAHAN
Di dalam Akta-Akta ini, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1. Saman Boleh Dikompaun
Anda boleh membayar kompaun tersebut sebelum luputnya tarikh yang telah ditetapkan di dalam notis JPJ(P)22Pin.1/94 dan Polis 257 Pin.4/95 yang telah diterima oleh anda sewaktu saman dikeluarkan.  Tetapi jika tarikh kompaun telah tamat, anda dikehendaki hadir ke Mahkamah.
2. Saman Tidak Boleh Dikompaun
Kehadiran anda di Mahkamah adalah diwajibkan.  Sekiranya anda tidak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapa anda.
3. Kesalahan Yang Boleh Ditangkap
Kesalahan ini adalah melilbatkan kesalahan-kesalahan seperti memandu secara merbahaya menyebabkan kematian, memandu secara melulu dan membahayakan dan juga memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.
Bagi kesalahan ini, anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa sehingga 14 hari untuk disoal siasat sebelum anda di bawa ke Mahkamah untuk diadili.

Peruntukan Undang-Undang


  • Tiada lesen kenderaan motor s15(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
  • Lesen kenderaan motor tamat tempoh s15(1) APJ 1987
  • Tidak mempamerkan lesen kenderaan motor s20(1)APJ 1987
  • Lesen memandu tamat tempoh s26(1)APJ 1987
  • Tidak berhenti semasa ditahan oleh polis, warden lalullintas atau pegawai JPJ    yang  berpakaian seragam s55 APJ 1987
  • Gagal menunjukkan lesen memandu atau insurans apabila diminta oleh polis, warden lalulintas atau pegawai JPJ s18(1) APJ 1987
  • Tiada insurans pihak ketiga s90 APJ 1987  bagi kesalahan  ini lesen memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Memotong dua garis berkembar peraturan 12(3)(a)Traffic Signs Rules 1959
  • Tidak memakai  topi keledar peraturan 4 Motorcycle (Safety Helmets)rules 1959
  • Tidak memakai tali pinggang keledar peraturan 4 Motor Vehicles (Safety Seatbelts)Rules 1978   
    SEMUA KESALAHAN DI ATAS MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM RM10000.00
    ATAU TIGA (3) BULAN PENJARA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI
  • Memandu melebihi had laju s40(1)APJ 1987.  Hukuman maksimum RM1000.00.
  • Memandu secara melulu atau merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian s41(1) APJ 1987.  Hukuman maksimum RM10,000.00 atau lima(5) tahun penjara atau  kedua-duanya sekali.  Lesen  memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun dan juga diendors.
  • Memandu kenderaan tanpa kecermatan dan perhatian yang berpatutan atau tanpa pertimbangan terhadap orang lain s43(1) APJ 1987.
  • Hukuman maksimum RM2,000.00 atau enam (6) bulan penjara atau kedua-duanya sekali.  Lesen mesti diendors dan boleh digantung.
  • Kenapa tunggang motosikal tanpa lesen memandu??

    Kenapa menunggang motosikal tanpa lesen memandu??

    Tahukah anda kesan jika anda memandu motosikal tanpa lesen.

    Kesan-kesannya:

    1. Kena saman PDRM atau JPJ, perlu duit.
    2. Nama disenarai hitamkan, dengar word "blacklist" pun dah tak senang duduk.
    3. Perlu kumpul duit beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit untuk bayar saman atau kos mahkamah, haihh duit lagi.
    4. Bukan setakat perlu bayar saman, anda juga boleh dipenjarakan! Kan nayaaa tu. Keluar penjara kena cop bekas banduan. Tidak terjamin masa depan.
    5. Kalau terlibat dalam kemalangan, memang confirm tak ada perlindungan insurans. Kos kerosakan kenderaan dan kecederaan mangsa, anda yang terpaksa tanggung, ruginyaa terpaksa berbelanja kerana cuai.
    6. Kadar kemalangan di jalan raya semakin meningkat walaupun negara dah semakin maju. Sampai bila kita nak maju ni..

    Kos-kos yang terlibat dari kesan-kesan di atas, kalau kumpul, dah boleh beli beberapa buah motosikal. Kenapa perlu membazir untuk semua tu.

    So kenapa tunggu lama lagi? Dapatkan lesen memandu motosikal daripada mana-mana institut memandu yang sah. Usah ragu-ragu lagi. Jika tidak anda akan menyesal.

    Apa itu ''Blind Spot"

    Ramai yang pernah dengar tetapi ramai yang tidak tahu apa itu "blind spot". Jika diterjemahkan ke Bahasa Malaysia ia bermaksud titik buta. Setiap cermin sisi kereta kita samada kiri atau kanan membolehkan kita melihat kenderaan dari arah belakang tetapi kita tidak dapat melihat kenderaan yang berada di sebelah kita & hampir memotong kereta kita. Kenderaan ini biasanya dapat dilihat oleh penumpang belakang kerana posisinya tidak berada di sebelah pemandu & tidak juga di dalam posisi yang boleh dilihat melalui cermin sisi. Jika anda memandu berseorangan, anda membelok & pasti tiba-tiba anda akan di hon oleh kenderaan tersebut atau lebih teruk lagi, kereta anda akan dilanggar. Ini pernah berlaku kepada saya.

    Memotong Apabila Selamat

    Sebelum membuat tindakan memotong kenderaan lain anda hendaklah mempertimbangkan dulu beberapa perkara. Tanya diri anda :- ????
    • adakah perlu anda memotong kenderaan dihadapan
    • adakah anda rasa tidak selamat mengekori kenderaan di hadapan
    • adakah anda rasa tidak selesa mengekori kendeaan di hadapan
    • adakah anda mengamalkan jarak mengekori yang selamat
    • adakah anda mengamalkan 10 langkah peraturan memotong
    • adakah kenderaan anda mempunyai kelajuan yang cukup untuk memotong, dan
    • adakah anda mempunyai ruang yang selamat semasa dan selepas memotong
    Seringkali semasa sedang memotong kenderaan lain tiba-tiba datang kenderaan dari arah hadapan sedangkan anda berada dilorongnya. Anda akan jadi resah bilamana kenderaan anda tidak cukup kelajuan dan anda tidak ada ruang untuk masuk dihadapan kenderaan yang dipotong dengan selamat. Keadaan ini menjadikan kawalan stereng anda sama dengan fikiran anda..kalut! Tindakan kasar kepada stereng boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Kemalangan maut pasti terjadi kerana ruang yang ada sangat terhad.

    10 Petua Keselamatan Jalan Raya

    10 Petua Keselamatan Jalan Raya yang perlu anda ikuti demi memastikan perjalanan anda selesa dan selamat sampai ke destinasi yang di tuju.