.

Tips Mengelakkan Kereta Gear Manual Mati Semasa Hendak Bergerak & Berhenti

Tips Mengelakkan Kereta Gear Manual Mati Semasa Hendak Bergerak & Berhenti: 



       Ramai antara pemandu-pemandu yang baru belajar memandu merasa fobia dan seringkali mati enjin apabila hendak mengerakkan kereta menggunakan gear satu maupun semasa hendak memberhentikan kereta.
       Cuba anda praktikkan teknik berikut dan senantiasa sematkan di dalam minda setiap kali hendak masuk gear mesti dan wajib tekan klac sepenuhnya, begitu juga tatkala kita ingin memberhentikan kereta setelah brek untuk perlahankan kereta terus tekan klac sepenuhnya dan berhenti.
       Apabila anda hendak memandu kereta semasa mula-mula hendak bergerak atau setelah berhenti di persimpangan, persimpangan lampu isyarat, berhenti belakang bas atau seumpamanya....

Tips pertama :
tekan klac sepenuhnya & masuk gear satu, kemudian anda angkat separuh kaki kiri dari klac atau sehingga terasa sedikit getaran, tahan kaki kiri anda sekejap.

Tips kedua:
Tekan pedal minyak sedikit atau sekadar letakkan kaki kanan dan tekan sedikit pada pedal minyak.

Tips Ketiga:
Secara perlahan-lahan angkat kaki kiri daripada klac perlahan-lahan sehingga tayar kereta bergolek sedikit contohnya 1 hingga 2 meter barulah di angkat sepenuhnya kaki kiri daripada klac dan tekan minyak sedikit sehinggalah kereta bergerak lancar dan seterusnya masukkan gear 2 hingga 4 atau 5 ikut kelajuan kereta. 

Cuba anda amalkan dan praktiskan Insya Allah kita dapat elakkan enjin kereta daripada mati. Tq