.

Syarat-syarat kelayakkan memperolehi lesen memandu

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memperolehi Lesen Memandu Masih ramai antara kita yang tidak jelas mengenai kelayakan umur untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia. Anda hanya perlu dua perkara penting yang mesti di penuhi iaitu kelayakan umur dan kesihatanbakal pemandu seperti sihat tubuh badan dan mampu memahami peraturan dan undang-undang jalanraya.Dari segi kelayakan umur seseorang hendaklah memenuhi umur minima mengikut jenis lesen dan kenderaan yang ingin di pandu sebagaimana di bawah :- 1) 16 ( Enam Belas ) Tahun untuk lesen kelas A( Kenderaan Orang Cacat), B (Motosikal melebihi 500 cc), B2 ( Motosikal tidak melebihi 250cc ) dan C ( Motosikal Roda Tiga).2) 17 ( Tujuh Belas ) Tahun untuk lesen  kelas D (Kereta).3) 21 ( Dua Puluh Satu ) Tahun bagi kenderaan dan lesen kelas E hingga I.    Bagi permohonan Lesen Kelas E, pemohon mesti memegang lesen kelas CDL kelas D bagi tempoh setahun  ( cth: lesen pertama jenis CDL kelas B2 & kemudian tambah kelas D. Pemegang lesen ini akan terus memperolehi lesen CDL kelas B2,D dan mesti tunggu setahun matang D sebelum memohon kelas E)baharulah di benarkan memohon lesen Lori.Dari segi kelayakan kesihatan, seseorang pemohon di benarkan mengambil lesen memandu selagi sihat tubuh badan, tidak buta warna dan boleh melihat kehadapan sehingga 23 meter. Manakala bagi pemohon cacat (OKU) hendaklah mendapatkan surat permohonan pemeriksaan kesihatan daripada JPJ dan membuat pemeriksaan doktor yang boleh mengesahkan pemohon layak memandu tanpa mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya. Kebiasaannya mereka harus mempunyai kenderaan sendiri untuk latihan dan ujian mengikut syarat-syarat yang di tetapkan. Di harap maklumat yang di paparkan memberi sedikit gambaran kepada ibu bapa dan mereka yang merancang mendapatkan lesen memandu di mana-mana sekolah memandu dan institut memandu berhampiran tempat tinggal masing-masing pada masa akan datang.Sekian. Kita jumpa lagi di lain catatan.....

6 Tempat Bahaya Yang Di Larang Meletak Kereta

        Tidak di nafikan, bahawa terdapat ramai pemandu yang mempunyai lesen Kelas D untuk memandu kenderaan. Tetapi berapakah jumlah pemandu-pemandu yang sedar atau tahu di manakah mereka boleh meletak kereta atau “parking” kereta mereka pula?

Meletak kenderaan di tempat-tempat “Larangan” atau “No Parking Areas” melanggar peraturan Seksyen 119 (2) A.P.J. (Akta Pengangkutan Jalan 1987). Dendanya ialah RM200.

Di manakah tempat-tempat yang di katakan tempat larangan meletak kenderaan? Di antaranya adalah:

1) Dekat dengan perhentian bas.

Sebuah bas adalah kenderaan besar dan panjang. Oleh itu, ia memerlukan sebuah tempat besar untuk berhenti.

Jadi, janganlah meletak kenderaan berhampiran tempat ini. Jangan pula lupa, anda hendaklah meletak kenderaan anda lebih kurang 9 meter darinya.

2) Di pili atau paip bomba.

Kiranya hendak meletak kenderaan, harusnya meletak kenderaan kurang-kurang 3 meterdarinya.
Semasa kecemasan, anggota-anggota Jabatan Bomba memerlukan tempat-tempat luas untuk menjalankan kerja mereka.

Sekiranya anda meletak kenderaan anda di kawasan tersebut, sudah pasti akan menggangu usaha mereka. Oleh kerana itu, jauhi daripada meletakkan kereta anda di sini.
Tempat-tempat pili bomba senang saja di cam. Ada huruf “H” berwarna merah di atas batu pili bomba itu.

3) Di tempat bahaya / terlindung.

Tempat demikian amat sukar hendak melihat datangnya kenderaan. “Selekoh” adalah suatunya contoh.
Kereta-kereta yang muncul biasanya tidak dapat di lihat dengan jelas. Sekiranya anda meletakkan kenderaan di tempat-tempat demikian, sudah pasti anda akan merungsingkan kedudukan.

4) Di simpang empat dan simpang tiga.

Meletak kenderaan sekurang-kurangnya 9 meter darinya. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang amat bahaya sekali.Kebanyakan kemalangan berlaku di sini. Pemandu-pemandu merasa sukar hendak keluar dari simpang-simpang ini.Sekiranya sebuah lori besar atau van di letak berhampiran dengan simpang, ini akan melindungi penglihatan seseorang pemandu. Tahu atau tidak anda bahawa sekiranya terjadi sesuatu nahas kemalangan, kereta anda yang di letak berhampiran situ (kiranya ia melindungi penglihatan pemandu lain) boleh di laporkan sebagai punca yang akibatkan kemalangan pula.Jadi, tidak kira apa juga pun, anda bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.

5) Di selekoh.

Selekoh itu bahaya. Sepertimana kita sedia maklum, selekoh sukar untuk di kendalikan.
Meletakkan kenderaan berhampiran tempat demikian, sebenarnya menjemput kecelakaan atau “inviting danger” kata orang.

Oleh itu, ingatlah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, “hindarilah” daripada meletak kenderaan berhampiran satu-satu selekoh. Ia bahaya!

6) Di tempat-tempat naik bukit dan turun bukit.

Turun-naik bukit sepertimana anda faham, bukan saja “susah” tetapi “bahaya” pula. Sekiranya ada kenderaan-kenderaan di letak di tepi jalan, ini akan bertambah lagi kerumitan-kerumitan kepada pemandu lain.
Jadi, kerjasama dengan tidak meletak kenderaan di kawasan tersebut.
Sebagai pemandu yang baik serta berhemat, sudah tentu kita akan mencuba sedaya-upaya supaya jangan terlibat dalam sesuatu kemalangan.

Marilah kita mencuba pula “jangan” mengakibatkan orang lain pula dalam kemalangan. Anda dapat mengelakkan perkara atau nahas berlangsung dengan tidak meletakkan kenderaan anda di tempat-tempat yang di nyatakan di atas.

Pandu Hemat dan Jiwa Selamat!

Fungsi Topi Keledar

Fungsi Topi Keledar
topikeledar

Topi keledar moden dibina daripada plastik seringkali gentian plastik diperkukuh dengan kevlar atau gentian karbon. Ia biasanya dilengkapi dengan fabrik dan gabus di bahagian dalam bagi keselesaan dan perlindungan. Topi keledar biasanya direka agar pecah dalam kemalangan (dengan itu menyingkir tenaga yang mungkin sampai ke tengkorak pengguna), oleh itu ia kehilangan sifat pelindungannya selepas hentakan pertama. Ambil perhatian bahawa hentakan boleh berlaku selain kemalangan seperti menjatuhkan topi keledar, dan mungkin tidak menunjukkan kerosakan luaran. Untuk perlindungan terbaik, topi keledar perlu ditukar selepas sebarang hentakan, dan setiap sekitar tiga tahun walaupun tiada hentakan diketahui berlaku.
Topi keledar biasa mempunyai dua prinsip perlindungan:
Cangkerang luar yang keras dan nipis, biasanya diperbuat daripada acrylonitrile butadiene styrene plastik (ABS), gentian kaca atau kevlar dan lapik lembut dan tebal dibahagian dalam yang biasanya diperbuat daripada gabus polystyrene atau gabus polypropylene.
Matlamat cangkerang keras dibahagian luar adalah:
  • Untuk menghalang topi keledar ditembusi oleh objek tajam yang mampu menembusi tengkorak, dan
  • Menjadi struktur kepada lapik dalaman agar ia tidak berkecai akibat bergeser dengan jalan. Ini amat penting kerana gabus yang digunakan tidak mudah ditembusi dan berkecai. Kegunaan lapik gabus adalah untuk ia remuk apabila terkena hentaman, dengan itu meningkatkan jarak dan tempoh masa bagi topi keledar memperlahankan dan menghentikan pergerakan kepala.

Untuk memahami tindakan topi keledar, ia penting bagi memahami mekanisma kecederaan kepala.
Pendapat umum biasa adalah kegunaan topi keledar adalah untuk melindungi kepala daripada pecah apabila terhantuk adalah salah. Keretakan kepala biasanya tidaklah membahayakan nyawa kecuali retakan itu mendak dan menekan otak dibawah dan keretakan tulang biasanya sembuh dalam tempoh yang singkat. Kecederaan otak adalah lebih serius. Ia biasanya menyebabkan kematian, kecacatan kekal atau perubahan tingkah-laku dan, tidak seperti tulang, tisu neurologikal mempunyai keupayaan terhad bagi sembuh selepas kecederaan.
Dengan itu, matlamat utama topi keledar adalah untuk menghalang kecederaan otak trauma (traumatic) manakala kecederaan tengkorak dan muka adalah matlamat yang kedua.
Jenis kecederaan kepala paling biasa semasa kemalangan motosikal ialah kecederaan kepala tertutup, di mana kecederaan kepala tanpa tengkorak pecah berlainan dengan kecederaan kepala yang disebabkan oleh luka peluru. Kecederaan kepala tertutup disebabkan sentakan kuat pada bahagian kepala yang menyebabkan otak bergegar didalan tengkorak. Bayangkan bagaimana anda tersentak ke hadapan dan ke belakang semasa menaiki bas ketika ia memecut dan berhenti.
Semasa hentaman kepada bahagian hadapan kepala, otak bergerak kehadapan, menekan tisu berhampiran tempat hentakan, menegang tisu pada bahagian bersetentangan. Kemudian otak tersentak pada arah berlawanan, menegang tisu dibahagian tempat hentaman dan menekan tisu pada bahagian bersententangan pula. Saluran darah yang menyambungkan otak kepada bahagian dalam tengkorak mungkin juga putus semasa kejadian ini, menyebabkan pendarahan yang merbahaya.
Jelas bahawa lapik pada topi keledar lembut dan tebal agar kepala berhenti pada kadar lebih perlahan semasa ia terbenam padanya. Malangnya terdapat had setebal mana topi keledar boleh dibuat kerana topi keledar menjadi tidak sesuai untuk digunakan sekiranya lapiknya melebihi 1 atau 2 inci tebal. Ini mengehadkan betapa lembut lapik yang digunakan. Sekiranya lapik itu terlalu lembut, kepala akan meremukkannya tanpa berhenti semasa kemalangan. Dengan itu kepala akan terhantuk pula dengan cangkerang keras topi keledar dan ini mampu menyebabkan kecederan teruk pada otak.
Ini bererti lapik topi keledar yang sesuai mestilah cukup keras untuk memperlahankan pergerakan kepala agar berhenti secara sekata sebelum ia meremukkan lapik tersebut sepenuhnya dan tidak lebih keras daripada yang diperlukan. Oleh itu berapa keras ia yang diperlukan? Jawapannya jelas, bergantung kepada keadaan. Ia bergantung kepada laju hentaman pada kepala, yang pastinya tidak diketahui semasa pengilangan topi keledar tersebut.
Hasilnya ialah pengilang perlu memilih kelajuan yang mungkin berlaku semasa kemalangan dan mengoptima topi keledar bagi kelajuan tersebut. Sekiranya topi keledar tersebut dihentam lebih perlahan berbanding yang ia direka, ia akan membantu tetapi kepala akan berhenti lebih ganas berbanding yang sepatutnya perlu sekiranya diambil kira ruang yang ada antar bahagian dalam dan luar topi keledar tersebut, walaupun ia lebih perlahan berbanding tanpa topi keledar.
Sekiranya hentaman itu lebih kuat berbanding reka bentuk, kepala akan meremukkan lapik sepenuhnya dan memperlahankan tetapi tidak berhenti pergerakan kepala semasa ia berlaku. Apabila bahan pelabih remuk sepenuhnya, kepala akan berhenti mengejut, satu keadaan yang tidak diingini. Bagaimanapun keadaan hentakan ini adalah lebih teruk sekiranya topi keledar tidak digunakan langsung.

Sungguhpun begitu, topi keledar dengan lapik yang lebih keras yang menghentikan kepala sebelum gabus lapik remuk sepenuhnya adalah lebih baik. Oleh itu topi keledar paling berkesan apabila hentaman berlaku pada kelajuan yang direka dan terus membantu pada kelajuan berlainan.
Secara praktikal pengilang topi keledar memilih kelajuan hentaman yang mereka akan reka berasaskan kelajuan yang digunakan dalam ujian topi keledar piawaian. Kebanyakan topi keledar piawaian menggunakan kelajuan antara 5 dan 7 meter/sesaat. Pilihan ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam unit piwaian.

Tips Yang Penting - Peraturan 2 saat

Peraturan 2 saat.

Apabila memandu di belakang sesebuah kenderaan, pemandu di syorkan berada 2 saat di belakang kereta depan. Ini di anggap jarak yang paling selamat.

Dua saat, mengikut kajian pakar-pakar, memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta depan dalam satu-satu situasi kecemasan.

Topik Peraturan Jarak soal penting kepada seorang pemandu. Dengan peraturan-peraturan jarak yang betul, di harapkan dapat kurang kadar kemalangan di jalan raya.

Perkara yang perlu dibuat sebelum memandu kereta

1. Laraskan dan betulkan tempat duduk anda dengan sempurna dan baik untuk postur badan anda.

2. Gunakan kedua-dua tangan anda untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakang supaya anda boleh melihat dengan jelas keadaan belakang sekiranya anda ada niat hendak memotong kenderaan depan atau sebelum nak menukar lorong kanan atau kiri.
Kemudian gunakan tangan kanan anda untuk membetulkan cermin sisi kanan dengan betul dan anda boleh melihat dengan jelas keadaan sebelah kanan kenderaan anda.Sangat berguna ketika nak menukar lorong ke kanan atau memotong.
Kemudian  membetulkan cermin sisi kiri dengan tangan kiri anda.Cermin kiri ini untuk kegunaan kita ketika nak menukar lorong ke kiri.

3. Pakailah tali pinggang keledar dengan kemas. Ini adalah faktor keselamatan dan boleh disaman jika tidak memakainya di jalanraya.

4. Pastikan gear berada dalam keadaan bebas sebelum anda nak putar kunci kereta untuk nak hidupkan engin.Jika ada gear dan anda terus hidupkan engin kereta,pastilah melompat ke depan kereta anda ni sebab dah ada gear.

5. Sila uji lampu isyarat kanan dan kiri kereta anda berfungsi dengan melihat lampu penunjuk arah yang tertera di panel meter.Anda tak perlu turun kereta dan tengok lampu isyarat kanan dan kiri menyala atau tak.

6. Uji pengelap cermin kereta anda berfungsi atau tak.