.

Hydro Planning Dalam Pemanduan Kenderaan

"Hydro planning" bererti satu proses di mana permukaan tayar dan jalan tidak tersentuh kerana terdapat lapisan air di tengah-tengah antara kedua-dua permukaan.

Keadaan ini terjadi kebiasaannya pada hari hujan. Di mana jika kita memandu kenderaan dengan laju akan menyebabkan kawalan stering, tayar dan brek tidak dapat di kawal dengan kemas dan sempurna dan kenderaan kita mudah terbabas dan menggelongsor.

Anda semestinya mengurangkan kelajuan contohnya jika di lebuhraya dengan kelajuan 110 km/j , kita kurangkan kelajuan ke 70- 80 km/j.

Di samping itu, pegang steering dengan kemas dan berhati-hati jika melalui kawasan air bertakung dan menghormati pengguna jalanraya lain seperti penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki agar tidak terpercik air bertakung terhadap mereka.

Selain daripada itu, kita hendaklah mengamalkan peraturan jarak mengekori yang selamat iaitu peraturan 4 saat pada hari hujan dan jalan licin.

Semoga sedikit sebanyak maklumat di atas dapat di amalkan oleh anda apabila menghadapi proses "Hydro Planning" . Selamat memandu.........

Tips Mengelakkan Kereta Gear Manual Mati Semasa Hendak Bergerak & Berhenti

Tips Mengelakkan Kereta Gear Manual Mati Semasa Hendak Bergerak & Berhenti: 

       Ramai antara pemandu-pemandu yang baru belajar memandu merasa fobia dan seringkali mati enjin apabila hendak mengerakkan kereta menggunakan gear satu maupun semasa hendak memberhentikan kereta.
       Cuba anda praktikkan teknik berikut dan senantiasa sematkan di dalam minda setiap kali hendak masuk gear mesti dan wajib tekan klac sepenuhnya, begitu juga tatkala kita ingin memberhentikan kereta setelah brek untuk perlahankan kereta terus tekan klac sepenuhnya dan berhenti.
       Apabila anda hendak memandu kereta semasa mula-mula hendak bergerak atau setelah berhenti di persimpangan, persimpangan lampu isyarat, berhenti belakang bas atau seumpamanya....

Tips pertama :
tekan klac sepenuhnya & masuk gear satu, kemudian anda angkat separuh kaki kiri dari klac atau sehingga terasa sedikit getaran, tahan kaki kiri anda sekejap.

Tips kedua:
Tekan pedal minyak sedikit atau sekadar letakkan kaki kanan dan tekan sedikit pada pedal minyak.

Tips Ketiga:
Secara perlahan-lahan angkat kaki kiri daripada klac perlahan-lahan sehingga tayar kereta bergolek sedikit contohnya 1 hingga 2 meter barulah di angkat sepenuhnya kaki kiri daripada klac dan tekan minyak sedikit sehinggalah kereta bergerak lancar dan seterusnya masukkan gear 2 hingga 4 atau 5 ikut kelajuan kereta. 

Cuba anda amalkan dan praktiskan Insya Allah kita dapat elakkan enjin kereta daripada mati. Tq

KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT

PEMANDUAN BERHEMAH 

 1) KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT

 i. Definisi konsep pemanduan berhemat:

 (a) Pemanduan yang dapat mengelakkan dan menyelamatkan dari berlaku kemalangan. Meliputi: •pengetahuan tentang peraturan lalulintas •kemahiran yang tinggi dalam aspek pemanduan •sikap yang betul ketika memandu 

 (b) Duanne R. Johnson: Pemandu SENTIASA bersedia menghadapi keadaan halangan yang disebabkan oleh pemandu lain atau keadaan jalan raya melalui teknik 'Identify, Predict, Decide, Act' IPDA ii. Langkah mencegah berlakunya kemalangan: 'Identify, Predict, Decide, Act' IPDA iii. Merancang perjalanan 

 (a)masa perjalanan (b)keadaan mental & fizikal  (c)keadaan kenderaan 'pre-driving check' (d)tempat berhenti rehat (e)barang keperluan untuk perjalanan iv. Pemanduan sempurna: Pemandu sempurna tidak akan terlibat dalam melakukan perkara-perkara berikut: (a)kemalangan (b)kesalahan lalulintas 

 (c)penyalahgunaan kenderaan 

 (d)kelewatan jadual perjalanan 

 (e)kehilangan sifat kesopanan 

Tips perjalanan jarak jauh

Persiapan dan perancangan untuk perjalanan pulang ke kampung amatlah penting. Di sini terdapat beberapa tip persiapan sebelum dan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. 

Sebelum perjalanan :
1. Pastikan anda merancang dahulu perjalanan anda seperti bilakah tarikh dan pukul berapa anda akan bertolak. Hal ini penting bagi mengelakkan anda tidak tergesa-gesa serta dapat menghindari dari terlibat dalam kesesakan jalan raya.

2. Bawalah kereta anda ke pusat servis yang bertauliah dan servislah kereta anda. Periksa komponen enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.

3. Pastikan anda rehat dan tidur dengan secukupnya. Elekkan memandu selepas anda pulang dari tempat kerja . Jika anda keletihan, hal ini boleh mengganggu kosentrasi anda semasa memandu.

4. Elekkan mengambil ubat yang boleh memberi kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selesema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda.

5. Elekkan daripada perasaan marah sebelum memulakan perjalanan. Kemarahan boleh membuatkan anda stres, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain.

6. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan penuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.

Semasa perjalanan:
1. Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan  nyawa. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.

2. Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.

3. Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.

4. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasangkan lampu hadapan. Elakkan daripada memandu dengan laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan. 

5. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat, hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.

6. Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memotong. Jangan menghalang kenderaan lain kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar. Patuhi had laju yang telah ditetapkan bagi mengelakkan anda tidak disaman.

Tips memandu jarak jauh

Kurang keyakinan dan takut memandu walaupun sudah memiliki lesen memandu

“Cikgu saya dah lama tak memandu tapi lesen dah dapat 5 tahun”…… antara persoalan  yang sering di kemukakan oleh pemegang lesen memandu. Terdapat segelintir daripada pemegang lesen memandu terutama kaum wanita kurang keyakinan dan takut memandu apabila mendapat lesen dan hanya menjadikan lesen sebagai simpanan dalam beg tangan.  Kenapa?

Di antara puncanya adalah:-

1 ) Kurang keyakinan diri.
2) Takut berlaku kemalangan.
3) Kurang latihan memandu dan jarang memandu kereta.
4) Tidak ada kereta sendiri.
5) Latihan memandu hanya di kawasan sekitar laluan dan parking ujian memandu di institut memandu sahaja.
6) Menghafal tanpa memahami sistem kawalan kenderaan menyebabkan mereka lupa setelah lama tidak        memandu.
7) Mengambil lesen memandu sekadar memenuhi masa lapang atau memenuhi kehendak ibu bapa tapi     tidak minat memandu.
8) Mempunyai tanggapan setiap kenderaan berbeza cara mengendalikannya mengikut besar atau kecil saiz kereta walaupun peraturan dan undang-undang lesen memandu kelas D boleh memandu semua jenis kereta samaada kereta auto maupun manual.

Serta banyak lagi sebab-sebab yang pembaca boleh senaraikan sendiri.
Bagi mereka yang mengalami perkara-perkara di atas, mereka perlu mendapatkan latihan kemahiran semula ( refreshing driving ) dengan pengajar-pengajar memandu yang terlatih dan berpengalaman memandu berdekatan tempat tinggal masing-masing. 

     Untuk mereka yang ingin mendapatkan latihan kemahiran semula memandu samada kereta manual atau auto, perkara asas yang mesti ada :- 
      (1) Berani
(2)  Biasakan diri memandu lebih kerap setelah latihan.

Antara latihan, tips dan teknik yang anda akan pelajari dengan saya untuk mereka yang menjalani semula latihan kemahiran memandu ( pemegang lesen memandu kelas D samada lesen memandu P (Percubaan) atau CDL (Penuh) ) . ( Latihan kemahiran memandu akan di adakan di jalanraya atau lebuhraya dan kawasan parking sebenar di tempat yang berdekatan tempat tinggal anda.)

1 ) Mengenali sistem kawalan kenderaan  samada kereta auto atau manual.
2 ) Pemeriksaan Kabin ( Dalam Kereta )
3 ) Pemeriksaan luaran dan Enjin ( Contoh : apa yang di katakan “TWI” pada tayar )
4 ) Mengenali gear manual dan auto (untuk kereta auto )
5) Mengendalikan kereta auto ( Jika latihan auto sahaja).
6 ) Teknik Pull & Push untuk steering.
7 ) Memandu di jalanraya ~ jarak 2 saat, jarak berhenti, mengenalpasti halangan di jalanraya, cara menukar lorong, kawasan sibuk.
8 ) Parking kereta ( Bagi yang mengambil latihan melebihi 2 jam ).
Teknik yang di pelajari nanti Insya Allah akan memberikan keyakinan dan keberanian semula kepada mereka yang takut.

“ Cikgu saya perlukan berapa jam latihan balik?”

Untuk latihan kemahiran semula ini minima 2 jam latihan. Tapi berapa jam latihan untuk memastikan anda boleh memandu semula bergantung kepada keberanian serta kecekapan anda mengendalikan kereta dengan baik dan selamat. Di akhir setiap latihan anda akan di maklumkan perkara yang perlu di perbaiki dan kebolehan pemanduan anda.

Secara amnya untuk menjadikan anda pemandu yang cekap dan berhemat perlukan pemanduan yang berterusan dan sentiasa mempelajari ilmu pemanduan setiap masa mengikut perkembangan semasa.

Terima Kasih.