.

Kesalahan trafik

Di bawah Akta-Akta ini, denda minimum adalah  RM300.00.  Ia boleh mencapai RM10,000.00 Mengikut kesalahan yang dilakukan.  Kenderaan anda juga boleh disita dan dilucuthak.
Bagi kesalahan-kesalahan yang serius, anda boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun dan lesen anda boleh dibatalkan atau digantung sekurang-kurangnya 12 bulan.  Sekiranya anda tidak mempunyai lesen memandu  semasa kesalahan-kesalahan dilakukan , anda boleh dilarang untuk memohon lesen sekurang-kurangnya  dilakukan, anda boleh dilarang untuk memohon  lesen sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh hukuman.
 
JENIS-JENIS KESALAHAN
Di dalam Akta-Akta ini, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1. Saman Boleh Dikompaun
Anda boleh membayar kompaun tersebut sebelum luputnya tarikh yang telah ditetapkan di dalam notis JPJ(P)22Pin.1/94 dan Polis 257 Pin.4/95 yang telah diterima oleh anda sewaktu saman dikeluarkan.  Tetapi jika tarikh kompaun telah tamat, anda dikehendaki hadir ke Mahkamah.
2. Saman Tidak Boleh Dikompaun
Kehadiran anda di Mahkamah adalah diwajibkan.  Sekiranya anda tidak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapa anda.
3. Kesalahan Yang Boleh Ditangkap
Kesalahan ini adalah melilbatkan kesalahan-kesalahan seperti memandu secara merbahaya menyebabkan kematian, memandu secara melulu dan membahayakan dan juga memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.
Bagi kesalahan ini, anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa sehingga 14 hari untuk disoal siasat sebelum anda di bawa ke Mahkamah untuk diadili.
Peruntukan Undang-Undang



  • Tiada lesen kenderaan motor s15(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
  • Lesen kenderaan motor tamat tempoh s15(1) APJ 1987
  • Tidak mempamerkan lesen kenderaan motor s20(1)APJ 1987
  • Lesen memandu tamat tempoh s26(1)APJ 1987
  • Tidak berhenti semasa ditahan oleh polis, warden lalullintas atau pegawai JPJ    yang  berpakaian seragam s55 APJ 1987
  • Gagal menunjukkan lesen memandu atau insurans apabila diminta oleh polis, warden lalulintas atau pegawai JPJ s18(1) APJ 1987
  • Tiada insurans pihak ketiga s90 APJ 1987  bagi kesalahan  ini lesen memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Memotong dua garis berkembar peraturan 12(3)(a)Traffic Signs Rules 1959
  • Tidak memakai  topi keledar peraturan 4 Motorcycle (Safety Helmets)rules 1959
  • Tidak memakai tali pinggang keledar peraturan 4 Motor Vehicles (Safety Seatbelts)Rules 1978     
  • SEMUA KESALAHAN DI ATAS MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM RM10000.00ATAU TIGA (3) BULAN PENJARA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI


  • Memandu melebihi had laju s40(1)APJ 1987.  Hukuman maksimum RM1000.00.
  • Memandu secara melulu atau merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian s41(1) APJ 1987.  Hukuman maksimum RM10,000.00 atau lima(5) tahun penjara atau  kedua-duanya sekali.  Lesen  memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun dan juga diendors.
  • Memandu kenderaan tanpa kecermatan dan perhatian yang berpatutan atau tanpa pertimbangan terhadap orang lain s43(1) APJ 1987.
  • Hukuman maksimum RM2,000.00 atau enam (6) bulan penjara atau kedua-duanya sekali.  Lesen mesti diendors dan boleh digantung.

  • LESEN MEMANDU SAH ADALAH ASAS UNDANG-UNDANG DAN KESELAMATAN




    Percaya atau tidak, punca tidak selesa dan kemalangan yang berlaku setiap saat di negara kita tidak kira di mana ialah berpunca daripada begitu ramai tidak endahkan undang-undang asas seperti memandu tanpa lesen dan tanpa cukai jalan. 

    Hari ini berapa banyak kenderaan yang berada di jalan raya tanpa cukai jalan yang sah dan berapa ramai yang memandu tanpa mempunyai lesen sah.  Di taman-taman perumahan telah menjadi medan kanak-kanak mencuba-cuba kereta ahli keluarga yang cukup bahaya pada orang ramai.  

    "Hydro planning"

    Hydro Planning Dalam Pemanduan Kenderaan

    "Hydro planning" bererti satu proses di mana permukaan tayar dan jalan tidak tersentuh kerana terdapat lapisan air di tengah-tengah antara kedua-dua permukaan.

    Keadaan ini terjadi kebiasaannya pada hari hujan. Di mana jika kita memandu kenderaan dengan laju akan menyebabkan kawalan stering, tayar dan brek tidak dapat di kawal dengan kemas dan sempurna dan kenderaan kita mudah terbabas dan menggelongsor.

    Anda semestinya mengurangkan kelajuan contohnya jika di lebuhraya dengan kelajuan 110 km/j , kita kurangkan kelajuan ke 70- 80 km/j.

    Di samping itu, pegang steering dengan kemas dan berhati-hati jika melalui kawasan air bertakung dan menghormati pengguna jalanraya lain seperti penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki agar tidak terpercik air bertakung terhadap mereka.

    Selain daripada itu, kita hendaklah mengamalkan peraturan jarak mengekori yang selamat iaitu peraturan 4 saat pada hari hujan dan jalan licin.

    Semoga sedikit sebanyak maklumat di atas dapat di amalkan oleh anda apabila menghadapi proses "Hydro Planning" . Selamat memandu.........