.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya


  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

JENIS-JENIS LESEN MEMANDU

Terdapat beberapa jenis lesen memandu yang dikeluarkan.Jenis-jenis lesen memandu yang dikeluarkan adalah mengikut kegunaan sesuatu lesen itu seperti berikut :-
  1. Lesen belajar memandu bagi membolehkan seseorang belajar memandu (LDL)
  2. Lesen memandu percubaan bagi membolehkan pemandu baru memandu (PDL)
  3. Lesen memandu kompeten bagi membolehkan pemandu yang telah selesai tempoh percubaan memandu (CDL)
  4. Lesen memandu vokasional bagi membolehkan pemandu memandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan (PSV, GDL, lesen konduktor).
KELAS-KELAS LESEN MEMANDU
JPJ Mengeluarkan lesen memandu seperti berikut:

Teknik belajar memandu


Teknik Belajar Motosikal

 Teknik Ujian Pusingan 8:

  1. Tidak melanggar benteng
  2. Membuat satu setengah pusingan
  3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat

 Teknik Meniti Di Atas Papan:

  1. Roda tidak keluar dari papan
  2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal
  4. Tidak kurang dari 7 saat.

  Teknik Menunggang Di Antara Kon:

  1. Tidak Melanggar kon
  2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
  3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat

 Teknik Brek Kecemasan:

  1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
  2. Membrek di dalam kotak
  3. Tidak melebihi garisan berhenti
  4. Menggunakan brek kaki dan tangan

Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:

  1. Tidak melanggar benteng
  2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
  4. Berhenti di garisan berhenti

Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:

  1. Menggunakan topi keledar dengan betul
  2. Tidak menghidupkan enjin dalan gear
  3. Nyalakan lampu hadapan
  4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
  5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
  6. Memberi isyarat dengan betul
  7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali
  8. Penggunaan gear yang sesuai
  9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
  10. Memandu disebelah kiri
  11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
  12. Kaki tidak mencecah jalan
  13. Tidak melanggar benteng
  14. Tidak jatuh dari motosikal
  15. Tidak terlibat dalam kemalangan

Teknik Tiga Penjuru

Teknik Belajar Tiga Penjuru

Teknik tiga penjuru ini akan digunakan semasa anda melalui jalan mati. Jadi teknik ini boleh anda gunakan selain daripada reverse ke belakang yang ada kalanya merbahaya bagi yang tidak mahir mengundurkan kereta.
Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas untuk tujuan ujian kelak.
  1. Apabila anda keluar dr parking, masuk petak belah kanan (ikut anak panah yang diberikan) sehingga sampai ke tiang no 2.
  2. Sambil berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis dan berhenti sebelum garisan putih di depan.
  3. Seterusnya pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan putih (jarak dalam 3 kaki mcm tu).
  4. Kemudian pusing stering 3 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.

Tip Ujian Tiga Penjuru:

Calon akan lulus jika:
  1. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit.
  2. Calon berjaya melakukan ujian seperti berikut:
  • Masuk ke petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika
  • Dari Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika
  • Dari kiri bergerak ke kanan dan terus keluar.
Calon akan gagal jika:
  1. Melanggar atau menyentuh tiang besi penanda samada semasa masuk atau keluar.
  2. Badan kereta menjulur keluar
  3. Melakukan olah gerak lebih 3 pergerakkan
  4. Melakukan ujian melebihi 3 minit
  5. Berlaku kemalangan

Teknik Belajar Parking

Teknik Belajar Parking

  1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
  2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
  3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
  4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

Tip Ujian Parking:

 Calon akan lulus  jika:

  1. Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
  2. Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.

 Calon akan gagal jika:

  1. Melanggar atau menyentuh tiang penanda.
  2. Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.
  3. Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:
  • Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar
  • Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak
  • Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak
  • Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar.
  • Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan
  • Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.

Tips Keselamatan ketika memandu

Jika anda memandu sendirian, amalkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini:




  • Sentiasa pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu


  • Bawalah telepon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu


  • Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci


  • Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok


  • Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat dari orang yang tidak dikenali. Tanyalah alamat di stesen petrol atau kaunter tol


  • Jika diekori, pandulah kereta anda ke balai polis yang berhampiran


  • Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali


  • Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain


  • Catat nombor pendaftaran kereta tersebut, warna dan lain-lain dan gunakan telepon mudah alih untuk meminta bantuan. Anda juga boleh memandu terus ke balai polis yang berhampiran untuk mebuat laporan polis


  • Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling


  • Jika anda diugut oleh perompak, serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa berlengah-lengah


  • Jika tayar kereta pancit di tempat yang gelap dan asing bagi anda, pandu perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awam yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan

    MENGENAL PASTI HALANGAN DI ATAS JALANRAYA


    Ramai pemandu yang berpengalaman dan mempunyai lesen memandu maupun yang baru nak mengambil lesen kurang peka terhadap mengenalpasti halangan di Jalan Raya. Di mana Halangan merupakan elemen-elemen yang dikenalpasti boleh mendatangkan risiko bahaya atau masalah semasa sedang memandu.

    Terdapat banyak formula serta teknik boleh di gunakan antaranya teknik SPA. Apa dia SPA ni? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke? Bukan .....tapi singkatan See (Melihat), Planning (Merancang), Action (Bertindak).

    Sebelum tu kita bahagikan halangan kepada tiga (3) jenis iaitu:-
    ( 1 ) Halangan Fizikal - Persimpangan, bulatan, selekoh, bukit tinggi dan seumpamanya.
    ( 2 ) Halangan Semulajadi - keadaan cuaca, panas terik, hujan.
    ( 3 ) Halangan Kedudukan & Pergerakan Pengguna Jalanraya.- Pejalan kaki, haiwan, pemandu kereta, lori serta penunggang motosikal dan basikal.

    Apabila kita memandu pandangan mata kita sentiasa memandang jauh ke hadapan lebih kurang 100 meter dan memerhati keadaan persekitaran di sepanjang jalanraya. Walaupun mungkin kita telah melalui sesuatu jalan beratus hingga beribu kali tetapi tidak mustahil jika kita alpa pada satu detik kita akan terlibat dengan kemalangan.

    Saya bagi contoh bagaimana hendak mengenalpasti halangan semasa memandu, apabila kita melihat di hadapan ada sebatang jalan berselekoh tajam, semestinya kita membuat perancangan awal untuk memperlahankan dan memandu berhati-hati. Manakala tindakan kita seterusnya membrek secara perlahan agar kelajuan kereta dapat dikurangkan dan memastikan kawalan stering di pegang kemas.

    Begitu juga contohnya kita lihat lampu isyarat di hadapan sedang hijau, sebagai pemandu berhemat jika memperlahankan sedikit kereta dalam jarak lebih kurang 30 meter sebelum lampu isyarat contohnya daripada 70 km/j ke 50 km/j dan jangan sekali-kali mengejar lampu hijau (menambahkan kelajuan) kerana lampu hijau akan bertukar menjadi kuning seterusnya merah bila-bila masa sahaja.

    Apabila sebelum garisan berhenti lampu bertukar kuning dan tiada kenderaan laju mengekori dari belakang, kita akan berhenti sebelum garisan berhenti dengan selamat. Kalau lampu masih hijau teruskan perjalanan dengan berhati-hati.

    Di harap tips-tips di atas dapat di amalkan dan sentiasa patuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.....

    Kedudukan Kemalangan Jalanraya Berlaku....


    Setiap hari kita akan terbaca berita, menonton televisyen maupun mendengar radio mengenai kemalangan maut atau kemalangan ringan berlaku di atas jalanraya. Keaadaan sedih dan pilu berlaku kepada keluarga yang terlibat. Terdapat banyak faktor kemalangan boleh berlaku terutamanya berpunca dari pemandu. 

    Sebagai pemandu dan bakal pemandu kita perlu tahu beberapa kedudukan pelanggaran  yang perlu di elakkan daripada berlaku sebagaimana berikut :-

    1) Dengan kenderaan di hadapan.
    2) Dengan kenderaan di belakang.
    3) Ketika memotong.
    4) Ketika dipotong
    5) Di persimpangan jalan.
    6) Dengan kenderaan dari arah hadapan.
    7) Jatuh Jambatan
    8) Dengan pejalan kaki.
    9) Terbabas Dalam Gaung.
    10) Di persimpangan lampu isyarat.
    11) Ketika Menukar lorong.

    Kalau hendak di senaraikan banyak lagi yang kita boleh tulis tapi perkara yang paling penting kita mesti ada ilmu pemanduan, kemahiran dan pengalaman memandu yang baik dan sempurna untuk mengelakkan kecelakaan berlaku di atas jalanraya.

    Saya ambil  contoh apabila kita hendak keluar dari persimpangan, sentiasa amalkan empat peraturan ini iaitu (1) Tahu arah - pastikan lorong yang betul
    (2) Perlahankan kenderaan.
    (3) Isyarat.- pastikan lampu isyarat di nyalakan samada kanan atau kiri.
    (4) Berhenti & Bergerak dgn berhati-hati.- pastikan keadaan dari kanan, kiri atau hadapan selamat sebelum bergerak keluar dari persimpangan.

    Selain daripada itu sentiasa kita amalkan peraturan 2 atau 4 saat, peraturan 12 saat, kawasan Blindspot, mengenalpasti Hidroplanning dan apa yang perlu di lakukan, penggunaan cermin sisi kiri kanan dan pandang belakang dan beberapa peraturan lain berkaitan.

    Di harap sedikit sebanyak maklumat di atas dapat membantu anda memperbaiki cara pemanduan kita yang memandu semborono atau mantapkan lagi pemanduan anda yang telah tersedia memandu secara berhemat. Hingga jumpa lagi di lain tajuk.

    Memandu cara yang betul



    KETIKA memandu di jalan raya, kita perlu menerapkan satu perkara yang paling asas di fikiran. Kita tidak keseorangan. Jalan raya adalah tempat yang digunakan secara bersama, maka sama ada anda memandu sebuah kereta murah atau berharga berjuta-juta ringgit, ia merupakan lorong yang kita semua wajib patuhi.

    Jalan raya direka dengan sistem dan undang-undang. Kenderaan juga begitu, datang dengan sistem. Jadi apabila sistem tidak dipatuhi, maka kepincangan seperti kemalangan dan kesesakan akan terjadi.

    Nilai sendiri kualiti pemanduan anda. Setiap orang memiliki daya kepekaan berbeza sewaktu memandu. Ada orang yang tidak pernah mengalami kemalangan walaupun jarang memandu perlahan. Ramai juga yang keretanya calar balar biarpun memandu pada posisi seperti mencium stereng. Perbezaannya adalah kepekaan dan teknik memandu.

    Adakah anda sering menjadi sasaran kemarahan pemandu lain atau adakah anda sering diekori rapat ketika memandu dan dihala dengan lampu tinggi?

    Jika semua ini berlaku, ini bermakna memang ada yang tidak kena dengan gaya pemanduan anda. Satu perkara penting yang harus diingat, ketika memandu anda harus memastikan setiap pergerakan dapat dijangka oleh pemandu lain.

    Pandu secara konsisten

    Pastikan anda memandu secara konsisten, tidak kiralah agresif atau tidak. Ini perlakuan yang baik bagi membantu pemandu lain menjangka pergerakan anda.

    Banyak padahnya jika tidak memandu dengan konsisten, atau dengan kata lain memandu seperti orang yang tiada pedoman. Sekejap laju, sekejap perlahan. Ini konsep yang penting dan harus diamalkan bagi mengelakkan pemandu lain di sekeliling tidak terkejut dengan perubahan perilaku pemanduan anda.

    Kelajuan yang betul

    Sebagai contoh, jika had kelajuan di lebuh raya ialah 90km/j dan majoriti pemandu lain memandu di antara 90 hingga 110 km/j, janganlah anda memandu 90km/j di lorong paling kanan. Beredar ke lorong tengah atau ke lorong paling kiri jika anda tidak berminat untuk menyamai kelajuan pemandu lain.

    Beri isyarat jika anda terpaksa memandu perlahan kerana hendak mencari sesuatu lokasi atau kereta mengalami masalah mekanikal. Dengan memberi isyarat, pemandu lain akan faham dan seboleh-bolehnya beri laluan kepada kenderaan lain di belakang.

    Jika kereta lain masih sukar untuk melepasi anda kerana keadaan trafik, sentiasalah mencari peluang atau posisi yang sesuai untuk membolehkan kereta lain memintas dan meneruskan perjalanan dengan lancar.

    Jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Jika kereta di hadapan tidak memberi laluan dan kereta dari arah bertentangan tidak putus-putus, sebagai pilihan terakhir, kembali ke jarak selamat dan beri lampu tinggi secara sopan (jangan dinyalakan berkali-kali).

    Pemandu di hadapan mungkin akan faham dan bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada anda. Jika anda pula berada dalam keadaan dirapati oleh kenderaan belakang, anda dinasihatkan untuk memberi laluan.

    Guna cermin sisi

    Cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Gunakan cermin sisi, cermin pandang belakang dan melihat titik buta (blindspot) sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan di belakang anda yang sedang memotong dalam kelajuan tinggi. Beri laluan kepada mereka dahulu. Apabila selesai mereka memotong, barulah anda meneruskan pemanduan di lorong kanan.

    Lampu isyarat jangan lupa

    Menggunakan lampu isyarat untuk menunjukkan ke mana arah anda supaya pergerakan tidak mendatangkan kejutan kepada pemandu lain. Seelok-eloknya bagi isyarat lebih awal, terutama dalam keadaan trafik yang sibuk.

    Jangan sudah hampir memasuki simpang, baru hendak memberi signal atau suka-suka bertukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.

    Brek dengan perlahan

    Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan-lahan. Bagi amaran awal kepada pemandu di belakang. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di hadapan anda. Membrek secara mengejut merupakan perbuatan berbahaya.

    Jika keadaan trafik memaksa anda membrek secara mengejut (kemalangan atau sebagainya) cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan di belakang anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek.

    Memecut pada masanya.

    Memecutlah di tempat sepatutnya seperti apabila lampu isyarat bertukar hijau atau ketika giliran anda di simpang bertanda berhenti.

    Ia membantu mempercepatkan kelancaran trafik. Sebaik lampu bertukar hijau, bersedia dengan kedudukan gear dan kemudian terus bergerak. Jangan 5 saat sudah lampu trafik bertukar hijau baru terkial-kial mencari tuil gear.

    Jika hendak memasuki trafik yang sedang bergerak, anggar dengan baik dan pantas masuk ke dalamnya. Jadi, anda tidak memaksa pemandu dari belakang menekan brek. Cuba bersabar, tunggu ruang yang agak luas dan terus masuk dengan pantas.

    Berhenti di tempat sepatutnya

    Tiada faedah berhenti melebihi garisan. Ini hanya boleh menyusahkan kenderaan lain dan mungkin alat pengesan lampu isyarat juga tidak dapat mengesan anda.

    Di persimpangan jalan raya dengan saiz jalan yang terhad, anda hanya menjadi penghalang kepada kenderaan dari simpang bersebelahan. Ia akhirnya akan memperlahankan trafik secara keseluruhan.

    Jangan berhenti di tengah jalan tanpa tujuan. Jika terpaksa berhenti di bahu jalan, berikan isyarat dan bukannya berhenti sesuka hati.

    Beretika

    Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.

    Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.

    Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.

    Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

    Lampu kecemasan

    Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan. Ketika hujan, pasang lampu utama. Walaupun pihak berkuasa selalu menggunakan lampu kecemasan ketika mengiringi konvoi, jangan sesekali anda menyalakan lampu itu ketika anda berkonvoi.

    Anda tidak kacak untuk berbuat begitu dan hanya membahayakan pengguna lain.Bayangkan anda menyalakan lampu kecemasan ketika hujan kemudian perlu masuk ke simpang kiri. Jadi bagaimana?

    Panduan ketika berjalan



    Panduan Ketika Berjalan.

    - Berjalan di lorong pejalan kaki
    - Gunakanlah lintasan pejalan kaki yang di sediakan (Zebra Line)
    - Berjalan mesti menghadap trafik
    - Gunakanlah jejantas untuk menyeberang jalan

    ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!

    Petua Pemanduan Jimat dan Selamat



    Sekiranya anda merancang untuk memandu jauh dalam masa yang terdekat samada untuk tujuan ‘balik kampong’ bersama isteri dan anak-anak, pergi bercuti atau untuk tujuan bertugas / perniagaan, jangan keluar rumah sebelum mengambil petua pemanduan di bawah.
    Baca lagi untuk mengetahui bagaimana untuk mengelakkan kesesakan, menjimatkan wang, dan yang lebih penting sekali ialah memastikan keselamatan sepanjang pemanduan anda.
    1. Sebelum memulakan pemanduan jarak jauh, sila pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya dan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat. Meminum minuman yang mengandungi kafein yang tinggi tidak semestinya cara yang terbaik untuk mengelakkan terlelap ketika memandu. Walaupun pada awalnya anda akan merasa lebih cergas, kesannya akan menjadi berkurangan sedikit demi sedikit, dan anda akan mudah hilang tumpuan walaupun dalam keadaan terjaga.
    2. Berhenti di tempat perhentian yang selamat atau stesyen Rehat dan Rawat (R&R ) setelah beberapa jam memandu, walaupun anda tidak terasa mengantuk. Ambil makanan ringan, dapatkan udara segar, dan kendurkan kaki anda dengan berjalan di sekitar kawasan perhentian. Ambil sedikit masa untuk tidur jika perlu.
    3. Jika boleh, kongsikan tanggungjawab pemanduan bersama rakan atau pasangan anda. Ini akan membolehkan anda dan pasangan membuat pemantauan secara bergilir ketika tidak memandu dan juga membolehkan anda berehat atau tidur sebentar tanpa berhenti dan kehilangan banyak masa. Sekiranya anda memandu bersendirian, buka radio atau muzik serta buka tingkap kenderaan. Elakkan dari menggunakan ‘cruise control’ sekiranya memandu bersendirian pada waktu malam – pemanduan manual yang memerlukan tumpuan bagi mengekalkan kelajuan akan membantu anda untuk sentiasa terjaga.
    4. Sekiranya anda terpaksa berhenti, elakkan dari meletakkan kenderaan di bahu jalan atau di lorong kecemasan dalam mana-mana keadaan sekalipun kecuali dalam keadaan kecemasan.
    5. Ketahui undang-undang jalanraya sepanjang perjalanan anda berkenaan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Walaubagaimanapun, sekiranya bercakap menggunakan telefon bimbit adalah di benarkan di sesetengah negara, adalah lebih selamat sekiranya anda menggunakan peralatan ‘hands-free’.
    6. Sekiranya anda tidak mengetahui tentang tip berikut, anda patut malu pada diri anda sendiri. Jangan minum minuman keras sebelum, ketika memandu atau apabila tidak memandu….
    7. Dapatkan maklumat tentang cuaca melalui radio atau perhatikan langit dan keadaan cuaca sepanjang perjalanan. Rancang semula perjalanan sekiranya perlu. Perubahan arah perjalanan akan membantu menjimatkan banyak masa anda terutamanya ketika berlaku penutupan jalan atau kesesakan lalulintas di sebabkan kejadian banjir atau tanah runtuh.
    8. Layari laman web atau buka radio apabila menghampiri bandar-bandar utama untuk mendapatkan berita terkini berkenaan keadaan lalulintas.
    9. Anda sepatutnya merancang arah perjalanan yang tepat sebelum meninggalkan rumah – tetapi bawa juga bersama anda peta jalanraya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada terdapat sebarang perubahan atau tersesat.
    10. Sekiranya anda menggunakan kereta sewa atau kenderaan yang tidak biasa anda pandu, sila biasakan diri terlebih dahulu dengan kenderaan tersebut dan juga biasakan dengan peralatan dan kelengkapan didalam kenderaan tersebut (i.e. horn, brake, lampu kecemasan dll.)
    11. Kunci barang-barang berharga didalam bonet atau’glove compartment’ dan susun kesemua beg pakaian di dalam bonet.
    12. Kenalpasti undang-undang jalanraya setempat lebih-lebih lagi apabila anda memandu di luar negara. Untuk undang-undang antara bangsa, sila lihat Renting a Car Abroad.
    13. Pastikan kenderaan anda di dalam keadaan yang terbaik – yang mana tayar mengandungi angin secukupnya, air dan minyak enjin berada di tahap yang baik dan tangki minyak telah diisi secukupnya. (Untuk pemanduan yang agak jauh, anda perlukan seorang mekanik untuk membuat pemeriksaan yang lengkap.)
    14. Fikirkan untuk menyertai keahlian AAA atau mana-mana syarikat yang di percayai. Anda tidak akan menyesal sekiranya berlaku sebarang kerosakan dimana-mana.
    15. Amalkan cara pemanduan yang menjimatkan petrol bagi meminimakan kos. Kurangkan kekerapan penggunaan brek dan menekan pedal secara mengejut secara silih berganti. Keluarkan bebanan yang tidak Perlu daripada kereta anda, jangan memecut bagi mengurangkan penggunaan petrol.
    16. Jangan menunggu sehingga tangki minyak anda mencecah tahap ‘E’ untuk mengisi semula minyak. Dalam perjalanan yang anda tidak biasa melaluinya, anda tidak tahu bilakah anda akan bertemu dengan station minyak. Sebaik sahaja tahap petrol anda mencecah satu perempat daripada tangki, cuba cari tempat untuk mengisi semula tangki minyak kereta anda.
    17. Apabila bersama kanak-kanak, pastikan anda berhenti sekerap yang mungkin -  bukan sahaja untuk makanan ringan atau ke tandas, tetapi ianya juga bertujuan untuk bersantai. Kenalpasti tempat-tempat perhentian yang menyediakan kemudahan permainan untuk kanak-kanak. Sediakan permainan, buku dan hiburan di dalam kereta untuk anak-anak anda.
    18. Sekiranya anda ingin membeli bekalan makanan-makanan ringan untuk di makan sepanjang perjalanan, beli di pasaraya atau kedai-kedai runcit kerana harga yang di tawarkan adalah lebih murah berbanding di stesyen minyak atau R&R.
    19. Dalam perjalanan yang jauh, sediakan tuala kecil, Tupperware dan peti penyimpan ais untuk simpanan makanan. Anda juga perlukan first-aid kit, lampu suluh, bantal dan selimut. Sediakan juga ‘jumper cables’ dan tayar spare.
    20. Akhir sekali, sebagaimana yang telah semua ketahui tetapi amat mustahak dan perlu ditekankan disini: Tolong pastikan bahawa semua pemandu dan penumpang telah memasang tali pinggang keledar. Ini bukan sahaja untuk tujuan keselamatan, tetapi di sesetengah tempat, ianya menjadi prasyarat dalam mematuhi undang-undang jalanraya.
    Selamat memandu.

    5 perkara yang tidak patut dilakukan ketika memandu

    1. 39.13% pemandu menyatakan bahawa mereka makan atau minum ketika pemanduan.
    2. 30.1% menyatakan bahawa mereka bercakap melalui telefon ketika pemanduan.
    3. 8.6% menyatakan mereka membalas mesej ketika pemanduan.
    4. 2.95% menyatakan mereka memperkemaskan diri ketika pemanduan. (bermekap)
    5. 2.09% menyatakan mereka membaca buku ketika pemanduan.
    2.09% pula mengakui bahawa mereka melakukan aktiviti lain ketika pemanduan tetapi tidak ingin menyatakan apa yang mereka lakukan. Di sini dapat disimpulkan bahawa senarai diatas adalah mungkin salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kes kemalangan. Di harap selepas ini anda tidak lagi melakukan kesalahan seperti diatas jika sebelum ini anda pernah melakukannya. Hargailah nyawa anda dan orang lain.

    SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON UNTUK MENDAPATKAN LESEN

    Syarat-syarat kelayakan pemohon untuk mendapatkan lesen memandu adalah berdasarkan kelayakan umur dan kesihatan. Kelayakan minima umur mengikut jenis kenderaan adalah :-
    • Enam Belas (16) tahun bagi Kelas A, B dan C
    • Tujuh Belas (17) tahun bagi Kelas D
    • Dua Puluh Satu (21) tahun bagi kenderaan lain - Kelas E hingga I
    Bagi permohonan Lesen Kelas E, E1 dan E2 pemohon perlu memegang Lesen Memandu Kelas D bagi tempoh setahun sebelum dibenarkan memohon. Manakala kelayakan kesihatan adalah dari segi sihat tubuh badan dan boleh melihat ke hadapan sehingga 23 meter dan tidak buta warna. Sekiranya pemohon ada kecacatan, pemohon adalah diminta untuk mendapatkan surat pengesahan pemeriksaan daripada doktor yang boleh mengesahkan pemohon adalah layak untuk memandu tanpa mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

    Teknik membrek kecemasan

    Apa sahaja situasi anda harus jangan panik. Jika panik apapun tak menjadi.
    Panduan ini adalah untuk situasi betul betul cemas, jika tidak ambil tindakan akibatnya nahas. Ada beberapa kaedah yang selalu diamalkan. Berikut hanya satu cara;
    1. Tutup pendikit dan jangan tarik klac. Kalau membrek secara biasa bolehlah tarik tapi bagi situasi betul betul cemas tidak ada masa untuk tarik klac malah jika klac ditarik ia akan membuat moto meluru kedepan.
    2. Tarik brek depan dan tekan brek belakang tetapi pastikan belakang tidak membuang kerana situasi begini cukup senang bagi roda belakang membuang. Sambil mengambil tindakan keatas brek kaki anda terus bertindak menukar kepada gear rendah tanpa mengguna klac. Ini adalah untuk mengguna kuasa enjin dalam membrek. Jika anda berada di gear 5 misalnya tidak ada masaalah tukar ke gear 3 atau dua tapi tukar satu gear demi satu gear.
    3. Brek depan harus diguna lebih dari belakang. Jika roda terkunci lepaskan brek seketika dan tekan kembali.
    4. Jika anda mengguna moto ringan seperti moto sport alihkan badan anda kebelakang sedikit supaya memberi beban keatas tayar belakang.

    Membrek cemas diselekoh

    Anda baru sahaja masuk selekoh dan didepan anda terdapat halangan yang boleh membahayakan anda. Tindakan betul adalah untuk menegakan moto anda dahulu sebelum tindakan membrek dilakukan.

    Jadilah pemandu berhemah

    Jadilah pemandu yang berhemah setiap masa


    Pemanduan dijalan raya pasti mudah dikendalikan jika si pemandu punya pengalaman bertahun-tahun dalam memandu dan bagi yang baru memiliki lesen P tentunya ianya suatu cabaran yang genting dan kerap kali menimbulkan perasaan 'panik' ketika berdepan dengan sesuatu kejadian apabila dijalanan. Mungkin ia sinonim dengan cakap orang-orang lama yang mengatakan "kena eksiden baru boleh pandai", tetapi jika tiada perubahan juga apa yang harus dikatakan. Tentunya peranan utama yang perlu ada untuk menjadi seorang pemandu adalah ILMU. Ianya sangat penting dan sangat membantu seseorang itu lebih terjamin dalam pemanduan dan jika difahami, sudah pasti keselamatannya dan penumpangnya juga selamat dalam menuju ke suatu destinasi.

    Mari ikuti petua-petua untuk menjadi pemandu yang 'pro' walaupun anda baru memiliki lesen 'P':-

    -PANDU SECARA KONSISTEN
    Jangan memandu seperti hilang pedoman seperti sekejap laju sekejap perlahan mahupun melelong-lelong.

    -KELAJUAN YANG BETUL
    Ikuti had laju yang disarankan.

    -GUNA CERMIN SISI
    Sebelum memotong pastikan anda memerhati cermin pandangan sisi dan belakang agar anda mengetahui kehadiran kenderaan dibelakang dan tepi anda. Jangan lupa untuk memandang cermin-cermin tersebut dalam tempoh setiap 5 saat agar keselamatan sentiasa digenggaman anda.

    -LAMPU ISYARAT JANGAN LUPA
    Jangan biar pemandu lain terkejut dengan tidakkan anda membelok/memotong tanpa memberi lampu isyarat. Seeloknya beri lebih awal agar mereka tahu akan apa kemahuan anda.

    -BREK DENGAN PERLAHAN
    Beri brek peringatan sekali sebelum berterusan membrek dan berhenti sepenuhnya. Janganlah membrek dengan cemas tetapi jika ada kejadian yang tidak diingini berlaku dihadapan pastikan anda peka untuk membrek dengan tepat.

    -MEMECUT PADA MASANYA
    Anda dibenar memecut tetapi bukan melulu. Memecut pada lampu isyarat bertukar hijau agar membantu kelancaran trafik.

    -BERHENTI DI TEMPAT SEPATUTNYA
    Janganlah berhenti melepasi garisan berhenti ketika di lampu isyarat merah. Pilihlah tempat berhenti yang paling selamat dan luas jika mahu berhenti disebelah bahu jalan.

    -JARAK YANG SELAMAT
    Memandulah dengan anggaran sebuah kereta dengan kereta dihadapan anda.

    -LAMPU KECEMASAN
    Ia hanyalah digunakan ketika anda benar-benar dalam kecemasan dan tentunya kenderaan anda sudah berhenti. Jangan gunakan ia tika kereta bergerak, dalam hujan dan berkonvoi. Ini akan menyusahkan anda jika mahu membelok.


    8 Petua Keselamatan Jalan Raya


    1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
    2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
    3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
    4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
    5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
    6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
    7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
    8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

    Tips pemanduan selamat ketika memandu jika keletihan

    TANDA-TANDA KELETIHAN
    • Kerap menguap dan mengantuk
    • Keliru dan pemikiran kabur
    • Murung dan mudah baran
    • Tindak balas dan reaksi yang lambat
    • Khyal atau berangan-angan
    • Sukar hendak membuka mata, penat, sengal badan, mengawal stering tak tentu arah
    • Gagal menumpukan perhatian
    • Tidak dapat mengigat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit
    • Badan terasa malayang dan tersengguk-senguk
    • Peningkatan sensitivity mata terhadap cahaya (tak tahan silau)
    APA YANG PERLU DI LAKUKAN DAN DI AMALKAN
    • Perlahankan kereta
    • Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai
    • Berbual dengan penumpang
    • Pasangkan radio dan nyanyi ikut alunan radio, lantak arr apa orang nak kata
    • Turunkan tingkap kereta agar udara segar masuk
    • Keluar dari kereta dan regang-2kan badan
    • Berhenti rehat untuk minum atau mandi
    • Tidur di tempat yang sesuai, 1/2 jam atau 1jam, jika terlajak 2~3 jam itu lebih baik dari terlajak masuk parit atau kemalangan
    AMALKAN PERKARA INI 'PENTING'
    • Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam
    • Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh 'bergilir-gilir
    • Jika anda penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh 'rehat dahulu'
    • Sasekali biarkan udara segar memasuki kereta anda memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk
    • Rancanglah perjalanan anda
    • Awasi tanda-tanda yang menunjukan anda mungkin letih
    • Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu.

    Lorong Kecemasan


    Bahu jalan merupakan kawasan rizab jalan di tepi sesebuah jalan raya atau lebuh raya. Secara amnya ia dikosongkan daripada sebarang jenis kenderaan; namun demikian, sekiranya berlaku kecemasan ataupun kerosakan kenderaan, pemandu boleh beralih ke bahu jalan untuk keluar daripada aliran trafik dengan selamat. Bahu jalan juga berguna sebagai langkah mengelak kemalangan jalan raya dengan menyediakan ruang untuk pemandu beralih ke tepi sekiranya kenderaan dari arah hadapan gagal beralih ke lorong sepatutnya akibat hilang kawalan. Kenderaan kecemasan seperti ambulans dan kereta polis juga boleh menggunakan bahu jalan bagi mengalak kesesakan di laluan utama. Oleh yang demikian, bahu jalan juga turut dikenali sebagai lorong kecemasan.

    Jenis-jenis lesen memandu


    Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
    • A - Kenderaan orang cacat
    • B - Motosikal melebihi 500 cc
      • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
      • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
    • C - Motosikal roda tiga
    • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
    • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
      • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
      • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
    • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
    • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
    • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
    • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

    Tips pemanduan selamat ketika memandu

    KELETIHAN semasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya. Kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-2 masa, tetepi masa yang paling kerap ialah pada pukul 10 malam sehingga 8 pagi dan awal pagi sehingga tengah hari.

    PUNCA-PUNCA KELETIHAN SEMASA MEMANDU
    • Memandu untuk jangka masa yang lama tanpa berhenti rehat
    • Mengambil alkohol
    • Kurang tidur dan rehat
    • Mengambil ubat-ubatan seperti antihistamin, antihipertensi, sedatif atau diuretik
    • Masalah kesihatan
    • Senaman yang berlebihan
    • Tekanan perasaan
    • Mamandu lewat malam atau awal pagi, iaitu waktu yang pada kebiasaannya anda tidur

    Tip Pemandu Berhemat

    Adab di jalan raya




    Adalah sangat mudah untuk menjadi seorang pemandu yang berhemat. Amalkan tip-tip berikut supaya anda sentiasa selamat di jalan raya:


    Amalkan: .Memberi penumpuan yang penuh kepada jalan raya
    .Mematuhi hadlaju yang ditetapkan
    .Berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah dan ternampak tanda berhenti
    .Sentiasa jarakkan kereta dengan kereta di hadapan
    .Gunakan isyarat sebelum membuat pusingan atau memotong
    .Memberi laluan kepada pejalan kaki
    Elakkan: .Mengekori kereta di hadapan dengan rapat
    .Memecut apabila lampu isyarat bertukar kuning
    .Menyalahgunakan hon
    .Membuat gerak isyarat yang tidak sopan kepada pemandu lain
    .Menghalang pemandu lain dari memotong
    .Terganggu penumpuan akibat berbual dengan penumpang, berbual dengan telepon bimbit, mendengar radio, makan dan sebagainya.

    Pakai tali pinggan keledar

    Pakai tali pinggan keledar

    Jika anda masih lagi berfikir dua kali untuk memakai tali pinggang keledar, cuba renungkan fakta-fakta berikut:









  • Kebarangkalian untuk mendapat kecedaraan parah adalah dua puluh lima kali lebih tinggi jika anda tercampak keluar dari kereta anda daripada terikat di kerusi kereta.






  • Pemandu atau penumpang kereta yang memakai tali pinggang keledar mempunyai kelebihan 50% daripada mengalami sebarang kecederaan parah di dalam kemalangan jalan raya.






  • Dengan memakai tali pinggang keledar, anda boleh mengeluarkan diri dari kereta untuk meminta bantuan dan menolong penumpang lain keluar dari kereta dengan selamat.






  • Ribuan mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya mungkin dapat diselamatkan jika mereka memakai tali pinggang keledar.






  • Memakai tali pinggang keledar adalah salah satu undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi. Anda boleh didenda jika didapati melanggar undang-undang tersebut.


    Beringatlah, memakai tali pinggang keledar hanya mengambil beberapa saat daripada masa anda tetapi ia dapat menyelamatkan nyawa.

    Tempat-tempat yang di larang memotong

    Tempat-tempat yang di larang memotong perlu di ambil perhatian seperti :-

    1) Kawasan selekoh, persimpangan.
    2) Kawasan mendaki bukit.
    3) Kawasan garisan berkembar.
    4) Kawasan sekolah, perumahan, pasar tani, pasar malam atau kawasan sibuk.
    5) Di dalam terowong.

    10 Panduan Untuk Menjadi Pemandu Berhemah


    1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan.

    2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

    3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

    4. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Jangan memandu melebihi had laju.

    5. Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

    6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

    7. Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya.

    8. Sentiasa mematuhi lampu isyarat. Jangan melanggar lampu isyarat.

    9. Berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan lebat. Tayar mungkin hilang daya cengkaman pada permukaan yang basah.

    10. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

    Enam keadaan menjadi faktor berlakunya kemalangan

    Enam keadaan menjadi faktor berlakunya kemalangan

    Enam keadaan menjadi faktor berlakunya kemalangan:
    1) Kenderaan.
    2) Pemandu.
    3) Cuaca.
    4) Penglihatan.
    5) Lalu lintas.
    6) Jalan raya.

    Perkara yang perlu dibuat sebelum memandu kereta

    Perkara yang perlu dibuat sebelum memandu kereta

    1. Laraskan dan betulkan tempat duduk anda dengan sempurna dan baik untuk postur badan anda.

    2. Gunakan kedua-dua tangan anda untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakang supaya anda boleh melihat dengan jelas keadaan belakang sekiranya anda ada niat hendak memotong kenderaan depan atau sebelum nak menukar lorong kanan atau kiri.
    Kemudian gunakan tangan kanan anda untuk membetulkan cermin sisi kanan dengan betul dan anda boleh melihat dengan jelas keadaan sebelah kanan kenderaan anda.Sangat berguna ketika nak menukar lorong ke kanan atau memotong.
    Kemudian  membetulkan cermin sisi kiri dengan tangan kiri anda.Cermin kiri ini untuk kegunaan kita ketika nak menukar lorong ke kiri.

    3. Pakailah tali pinggang keledar dengan kemas. Ini adalah faktor keselamatan dan boleh disaman jika tidak memakainya di jalanraya.

    4. Pastikan gear berada dalam keadaan bebas sebelum anda nak putar kunci kereta untuk nak hidupkan engin.Jika ada gear dan anda terus hidupkan engin kereta,pastilah melompat ke depan kereta anda ni sebab dah ada gear.

    5. Sila uji lampu isyarat kanan dan kiri kereta anda berfungsi dengan melihat lampu penunjuk arah yang tertera di panel meter.Anda tak perlu turun kereta dan tengok lampu isyarat kanan dan kiri menyala atau tak.

    6. Uji pengelap cermin kereta anda berfungsi atau tak.