4 Peraturan Jarak Kenderaan Semasa Memandu

Pemandu-pemandu Dan Peraturan Jarak Yang Penting

Sewaktu persekitaran tahun 1969 atau awal tujuh puluhan, perniagaan sekolah memandu agak longgar. Pengajar masa itu tidak mempunyai sijil mengajar seperti sekarang.
Demikian juga, rancangan untuk mengajar calon-calon pun tidak wujud. Maka terserlah kepada pihak sekolah memandu bagaimana hendak uruskan pengajaran seseorang calon itu.
Walaubagaimanapun, ketika itu, sekolah-sekolah memandu mengikuti kaedah ala Inggeris atau British.
Hari ini, saya gemar untuk menyentuh tentang soal “Peraturan Jarak” yang betul yang sepatutnya di amal oleh para pemandu.

Soal di atas amat penting. Sekiranya tidak mengikuti peraturan jarak yang betul, sudah tentu akan berlakunya kemalangan kereta.

Sebelum di ketengahkan, peraturan-peraturan, izinkan di terangkan bahawa, sekolah memandu keseluruhan di Malaysia hari ini mengikuti kaedah memandu Panduan Berhemat, suatu konsep memandu yang berasal di Australia.

Konsep atau kaedah memandu England, yang kita ikuti sebelum Merdeka itu, di anggap sudah tidak sesuai lagi untuk zaman moden ini.

Topik Peraturan Jarak soal penting kepada seorang pemandu. Dengan peraturan-peraturan jarak yang betul, di harapkan dapat kurang kadar kemalangan di jalan raya.

Empat peraturan jarak yang penting yang saya akan ketengahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan ialah:

1) Peraturan 2 saat.

Apabila memandu di belakang sesebuah kenderaan, pemandu di syorkan berada 2 saat di belakang kereta depan. Ini di anggap jarak yang paling selamat.
Dua saat, mengikut kajian pakar-pakar, memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta depan dalam satu-satu situasi kecemasan.

2) Peraturan 4 saat.

Semasa wakti hari hujan, keadaan jalan basah serta licin. Tidak sesuai lagi di amal peraturan 2 saat lagi. Dalam keadaan sedemikian, pemandu-pemandu di nasihatkan menggunakan kaedah “Peraturan 4 saat”, iaitu 2 kali ganda peraturan 2 saat tadi.
Apa yang di ertikan adalah, gandakanlah jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan. Ini akan mengelakkan perlanggaran atau akibatkan anda menyondol belakang kereta depan.
Ingat bahawa melanggar kereta depan, merupakan suatu kesalahan traffik.
Berkait dengan topic ini, saya rasa penting saya ingat para pemandu 2 perkara:
i) Kenderaan tayar sama ada atau tidak berbunga harus di ambil kira juga.
ii) Sekiranya melanggar belakang kenderaan orang lain, mungkin boleh kena saman RM300 (tidak dapat mengawal kenderaan Seksyen 119 (2))

3) Peraturan 3 saat.

Peraturan ini khas untuk mengekori motorsikal. Berbeza dengan kereta, motorsikal di anggap kenderaan bahaya.
Penunggang dan pemboncit tidak terlindung. Ia beroda dua.
Di nasihatkan, jauhi daripadanya sewaktu memandu. Amalkan sekurang-kurang 3 saat sebagai langkah keselamatan.

4) Peraturan 12 saat.

Peraturan ini bagi mengekori kenderaan-kenderaan yang panjang seperti bas, lori and treler. Di sini, pemandu mempelajari kemahiran imbas 12 saat atau 100 meter ke hadapan.
Peraturan ini, membolehkan seseorang memerhatikan “lalu lintas” dari mana-mana arah di dalam masa yang sesuai bagi menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan.
Di atas adalah 4 peraturan jarak yang penting, yang di harapkan dapat membantu anda menjadi seorang pemandu yang lebih cekap.

Adab di jalan raya


Tip Pemandu Berhemat

Adalah sangat mudah untuk menjadi seorang pemandu yang berhemat. Amalkan tip-tip berikut supaya anda sentiasa selamat di jalan raya:


Amalkan: .Memberi penumpuan yang penuh kepada jalan raya
.Mematuhi hadlaju yang ditetapkan
.Berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah dan ternampak tanda berhenti
.Sentiasa jarakkan kereta dengan kereta di hadapan
.Gunakan isyarat sebelum membuat pusingan atau memotong
.Memberi laluan kepada pejalan kaki
Elakkan: .Mengekori kereta di hadapan dengan rapat
.Memecut apabila lampu isyarat bertukar kuning
.Menyalahgunakan hon
.Membuat gerak isyarat yang tidak sopan kepada pemandu lain
.Menghalang pemandu lain dari memotong
.Terganggu penumpuan akibat berbual dengan penumpang, berbual dengan telepon bimbit, mendengar radio, makan dan sebagainya.

Amalan Ringkas Untuk Pemanduan Berhemah

Amalan Ringkas Untuk Pemanduan Berhemah

stereng 
lebuh-raya
Hampir saban hari termuat di dada akhbar negara kita, berita kemalangan yang meragut nyawa dan kadar kemalangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila menjelangnya hari-hari perayaan, seolah-olah musim perayaan itu menjadi perangkap maut yang hanya menunggu untuk membaham mangsa. Kajian menunjukkan peratusan kecuaian manusia penyebab utama sesuatu kemalangan terjadi. Antara amalan ringkas untuk pemanduan berhemah yang boleh dipraktikkan ialah:

1. Apabila berada dalam kesesakan trafik, pastikan anda dalam keadaan tenang. Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum bertukar lorong untuk menyatakan tujuan anda. Sekiranya anda dipotong pemandu lain, perlahankan kenderaan dan berikan ruang kepada pemandu tersebut untuk masuk ke laluan anda dan lemparkan senyuman kepadanya.

2. Sekiranya anda berada di lorong laju dan seseorang ingin memotong, ke tepi dan biarkan kenderaan itu memotong. Anda mungkin memandu di lorong kanan dalam lingkungan had laju yang sepatutnya, tetapi anda mungkin membahayakan diri anda dengan menimbulkan kemarahan pemandu di belakang anda.

3. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya dua saat antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Sesetengah pemandu akan berasa marah jika diekori terlalu rapat. Sekiranya anda diekori terlalu rapat, beri isyarat dan beri laluan untuk pemandu di belakang anda untuk memotong.

4. Gunakan hon jika perlu. Elak penggunaan hon secara berterusan sekiranya anda berasa marah dengan pemandu lain kerana perkara ini mengundang gejala samseng jalanan spontan.

5. Kekalkan tangan anda di atas stereng dan elakkan membuat isyarat yang boleh menimbulkan kemarahan pemandu lain, termasuklah ekspresi “selamat” seperti menggelengkan kepala.

6. Sekiranya ada pemandu yang naik marah, jangan memandang mata pemandu tersebut.

7. Berikan ruang yang banyak kepada pemandu yang sedang marah. Sekiranya pemandu lain cuba untuk mencetuskan pergaduhan, jauhkan diri anda seboleh mungkin. Pergaduhan tidak akan timbul jika tiada orang yang ikut terlibat. Ibarat bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.

8. Dapatkan bantuan sekiranya anda merasakan diekori oleh pemandu yang sedang marah dan cuba untuk mencetuskan pergaduhan. Gunakan telefon bimbit untuk menghubungi polis. Jika tiada telefon bimbit, pandu ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti balai polis, pasar raya dan hospital. Jangan keluar dari kenderaan atau pulang ke rumah.

Amalkan sikap bersopan santun dan bertimbang rasa. Terimalah kenyataan bahawa anda akan bertemu dengan pelbagai kerenah pemandu di jalan raya, dan perwatakan seseorang akan berubah apabila tangannya memegang stereng kereta. Oleh itu, sematkan budaya biar lambat asal selamat.

Sejarah Lesen Memandu

Sejarah

Lesen memandu pertama di dunia, dikeluarkan kepada Karl Benz atas permintaan.
Lesen memandu pertama di dunia pertama kali dikeluarkan kepada pencipta kereta moden, Karl Benz, pada tahun 1888. Disebabkan bunyi bising serta bau asap kereta Motorwagen ciptaannya yang menimbulkan bantahan di kalangan penduduk Mannheim, Benz memohon dan menerima kebenaran bertulis dari pihak berkuasa Grand Ducal untuk membolekannya mengendalikan keretanya di atas jalan raya awam.[1]
Sehinggalah permulaan abad ke-20, pihak berkuasa di Eropah mengeluarkan lesen memandu secara ad hoc.[1] Pihak berkuasa tempatan yang mula-mula sekali mewajibkan permohonan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu adalah Prussia, pada 29 September 1903. Dampfkesselüberwachungsverein ("Persatuan Pengawasan Dandang Wap") diberi kuasa untuk mengendalikan ujian, yang kebanyakannya melibatkan pengetahuan mekanikal pemandu.[1] Pada tahun 1910, kerajaan imperial Jerman mewajibkan pelesenan pemandu di peringkat kebangsaan, mewujudkan satu keperluan sistem pendidikan serta ujian memandu yang menjadi model kepada undang-undang pelesenan pemandu di negara-negara lain.[1]

Jenis-jenis lesen memandu

Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
  • A - Kenderaan orang cacat
  • B - Motosikal melebihi 500 cc
    • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
    • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • C - Motosikal roda tiga
  • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
  • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
    • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
    • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
  • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

Awasi Jarak Anda


Jarak Yang Sesuai

Langkah yang terbaik untuk mengelak anda dari melanggar kenderaan di hadapan atau pun di sondol oleh kenderaan di belakang adalah jarak yang sesuai. Jarak ini memberi anda ruang untuk mengambil tindakan susulan dan juga ruang untuk bertindak. Ia sebagai kusyen antara anda dan kenderaan lain.  Apakah jarak yang sesuai dan selamat?  Ramai yang mengira jarak mengukut panjang bas. Jarak yang sesuai kata mereka adalah dua panjang bas. Itu mungkin betul tetapi pada kelajuan tertentu sahaja. Jarak kita dengan kenderaan lain tidak sepatutnya dikira dalam unit sukat seperti kaki, meter atau panjang bas.  Jarak yang selamat mesti mengikut kelajuan dan jarak yang paling baik adalah 2 saat dalam cuaca biasa dan 3 saat jika jalan basah..

Mengekor Kenderaan Lain

“Mengekor kenderaan terlalu rapat” adalah antara faktor penyebab kemalangan motosikal melanggar kenderaan lain dari belakang. Di jalan raya yang sentiasa penuh dengan kenderaan lain anda harus memberi ruang sekurang kurangnya 2 saat . Macam mana tu?
 

Cari satu tanda, misalnya tiang lampu. Sebaik kenderaan di hadapan melintas tiang tersebut mula kira ‘satu ribu satu, satu ribu dua’  Melafaz ayat ini akan memakan masa kurang lebih 2 saat. Bila habis melafaz lihat posisi anda. Jika anda belum sampai ke tiang itu maka anda di posisi selamat tetapi jika anda telah terlepas tiang tersebut anda berada di posisi merbahaya kerana jika kereta di hadapan membrek anda tidak ada peluang untuk mengelak. Ini kerana pemandu yang cekap dapat memberhentikan kenderaan 2 saat.
Perlu diingatkan bahawa jarak dua saat adalah untuk pemandu/penunggang yang cekap dan keadaan kenderaan diprestasi tinggi dan jalan pula sempurna. Untuk kita yang biasa ni lebih selamat jika ditambah satu saat lagi.
Jika cuaca kurang elok tambahkan 1 atau 2 saat lagi mengikut keadaan.

Sedang Diekori

Jika ada kenderaan mengekori anda pada jarak yang kurang selesa anda boleh meningkatkan kelajuan anda sehingga jarak yang selamat atau anda boleh memperlahankan moto dan memberi isyarat supaya dia memotong. Jika ada lorong kiri yang kosong anda juga boleh menukar lorong dengan memberi isyarat. Jika tiada lorong yang kosong jangan sekali meletakan diri anda dalam bahaya dengan memandu di sisi kiri atau kanan lorong tersebut kerana ini akan menggalakan pemandu tersebut mencelah dan mungkin menolak anda dari jalan tersebut. Dalam situasi begini cuma tingkatkan kelajuan dan jika dia masih mengekori cari tempat yang lapang dan baru memberi dia laluan untuk memotong.

Memotong

1. Posisikan moto di sebelah kanan lorong pada jarak yang selamat supaya penglihatan anda jelas . Pastikan tiada kenderaan di hadapan dan juga di belakang yang mungkin hendak memotong anda. Beri isyarat dan sebelum memulas pendikit untuk mendapat kelajuan lihat sekali lagi di cermin sisi kanan untuk memastikan selamat. Akhir sekali lihat di belakang bahu anda untuk pasti tiada kenderaan dan potong.
2. Jika selamat bergerak ke lorong kanan anda dan tingkatkan kelajuan. Bila sudah memotong, kembali ke lorong asal tetapi pastikan jarak kereta yang anda potong selamat.
3. Bila berada di lingkungan buta kereta, potong secepat mungkin.
4. Beri Isyarat dan periksa cermin sisi kiri bagi memastikan lorong asal anda kosong sebelum kembali ke lorong asal.
Sentiasa ingat bahawa memotong bukan boleh dilakukan di mana sahaja. Jika situasi membenarkan baru boleh memotong !

Dipotong

Apabila anda dipotong dari belakang  pastikan anda berada di bahagian tengah lorong anda. Ini akan memberi anda ruang jika berlaku sesuatu seperti tiupan angin dari kenderaan yang memotong tadi.

Elak dari dirempuh :

• Jangan mencuba nasib. Sedikit kelalaian akan mengakibatkan anda digesel atau dirempuh kenderaan dari belakang atau tepi.
• Ramai pemandu lupa bahawa cermin sisi mereka terkeluar lebih dari badan kereta mereka. Jika tiada ruang cermin sisi boleh mengesel hendel motosikal.
• Barang buangan dari kereta biasanya bukan dilakukan oleh pemandu tetapi penumpang yang tidak kisah akibat tindakan mereka. Tindakan anda mengelak sampah mungkin menyebabkan kereta dari belakang merempuh anda.
• Tiupan dan Sedutan dari kenderaan besar - ini boleh menggugat kestabilan moto anda. Jadi pastikan kedua-dua tangan anda ada pada handel apabila nampak kenderaan besar hendak memotong.
Pertahan posisi anda dan jangan mengalih ke kiri atau kanan kerana ini cuma akan membuka ruang untuk kenderaan dari belakang untuk mencelah.

KONVOI atau Menunggang Berkumpulan

Apabila Syawal hampir tiba ramai antara kita akan berkonvoi untuk balik kampung. Berkonvoi atau menunggang berkumpulan sungguh menyeronokkan kerana bersama kawan-kawan yang ramai. Tetapi anda harus tahu bahawa berkonvoi itu boleh mengundang bahaya. Untuk menggurangkan bahaya ini ada beberapa petua yang patut di ikuti.

Kumpulan harus kecil

Kumpulan yang kecil adalah lebih selamat kerana ia senang di kawal dan kenderaan lain juga tidak terganggu sangat. Jika Kumpulan anda besar pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Paling sesuai antara 5/6 moto. Setiap kumpulan perlu ada ketua dan ketua adalah yang paling berpengalaman antara semua.

Berkumpulan Harus Bersama bukan Bersatu

Berkonvoi bukan bermakna bersatu di dalam satu kelumpuk macam sekelompok lebah terbang kesana sini. Berkonvoi atau menunggang berkumpulan ada tata tertibnya. Ini semua untuk menjaga keselamatan setiap ahli kumpulan dan juga tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya yang lain..
• Rancang — Ketua kumpulan perlu meninjau jauh kehadapan untuk memastikan tiada halangan atau perkara yang boleh mengugat perjalanan anda. Beri isyarat lebih awal supaya kempulan dapat bersedia.
• Orang baru di hadapan — Penunggang yang kurang berpengalaman perlu di posisi hadapan, di belakang ketua yang mengepalai kempulan. Cara ini penunggang yang lebih berpengalaman boleh memperhatikan yang kurang berpengalaman.
Kelajuan — Dalam sesuatu kumpulan mesti terdapat yang paling perlahan misalnya. Kelajuan kumpulan harus serentak dengan yang paling perlahan. Cara ini tiada yang ketinggalan atau pun tiada yang akan menunggang lebih laju dari kemampuannya.
Tahu Jalan — Ketua harus memberi taklimat tentang jalan yang akan diambil. Begini jika ada yang ketinggalan tidak sesat. Rancang dan beritahu ahli kumpulan tempat rehat, isi minyak, minum, makan, solat dan sebagainya sebelum bergerak.
* Jangan banyak  ragamAhli kumpulan harus ikut arahan ketua kumpulan. Jika ada sesuatu yang tidak dipersetujui beritahu sebelum bergerak. Jangan sudah tiba tempat makan baru menghilang kerana makanan mungkin tidak secocok ataupun berhenti isi minyak dia tidak henti kerana stesyen minyak bukan jenamanya. Jika tidak boleh mengikut arah jangan gatal nak berkonvoi.

Jaga Jarak Anda

Jarak berkumpulan harus dijaga tetapi janganlah rapat sangat. Perkara yang mesti di jaga adalah;

Jangan berkumpul seperti lebah. Ikut formasi yang teratur. Tidak perlu bercakap antara satu sama lain.  Isyarat tangan memadai.

Formasi— berkonvoi adalah seperti berikut. Di jalan dua lorong seperti lebuhraya ketua di hadapan di sebelah kanan lorong yang diguna ( mengikut kelajuan) Penunggang kedua satu saat belakang ketua tetapi di kiri lorong tersebut. Penunggang ketiga di sebelah kanan lorong satu saat belakang penunggang kedua atau 2 saat belakang ketua. Penunggang keempat di kiri satu saat belakang dan seterusnya.
 
  • Memotong — Harus dilakukan satu persatu.
  • Pertama, ketua kumpulan _ memotong apabila selamat
  • Kedua_penunggang kedua bergerak ke kanan jalan dan memotong bila selamat. Ketika pemandu kedua beralih ke kanan penunggang ketiga harus ke belakang sedikit untuk menjaga jarak.
Formasi Satu Barisan — terbaik untuk menunggang di jalan satu / dua lorong, di kawasan bengkang bengkok, apabila membelok untuk masuk satu persimpangan keluar dari lebuh raya dan juga memasuki lebuh raya. Pada hakikatnya formasi ini bukan semestinya lurus tegak tetapi seperti dua barisan Cuma lebih rapat. Pastikan jarak anda 2 saat.
 
Membelok
Kesilapan yang dilaku ramai penunggang yang kurang pengalaman adalah terlampau laju bagi sesuatu selekoh itu. Ini berlaku mungkin kerana silap membaca selekoh tersebut. Bila dah masuk selekoh baru sedar berapa tajamnya selekoh tersebut.. Ini membuat penunggang tersebut terbabas. Jika terbabas pada selekoh kanan tidak apa juga habis-habis masuk rumput dan paling teruk masuk longkang atau langgar tebing, tetapi jika selekoh kekiri terbabas bermakna memasuki lorong bertentangan. Jika ada kenderaan ketika itu, Nahas!
Satu kesilapan yang kerap dilakukan adalah membrek terlalu kuat. Bila ini berlaku anda akan kehilangan kendalian moto. Ambil selekoh dengan teliti.
  • Perlahan sebelum tiba di selekoh dengan menutup pendikit dan guna brek jika perlu.
  • Lihat & Teliti arah yang anda hendak tuju , pandang kehadapan ke arah tersebut.
  • Pilih – gear yang sesuai. Jika anda berada digear no 5 sebelum selekoh turun ke gear empat dan                jika perlu ke gear tiga.
  • Alih sedikit posisi badan kearah selekoh yang hendak diambil. Jika selekoh kanan alih                          posisi badan kekanan moto anda sedikit.
  • Tekan pendikit untuk memastikan roda belakang sentiasa ada kuasa. Ini akan menimbangkan moto di selekoh.  Pastikan moto di dalam gear ketika mengambil selekoh. Jangan tarik klac dan                mengeluncur.
  • Tingkatkan  kelajuan apabila keluar dari selekoh.

Lorong Kecemasan

Bahu jalan merupakan kawasan rizab jalan di tepi sesebuah jalan raya atau lebuh raya. Secara amnya ia dikosongkan daripada sebarang jenis kenderaan; namun demikian, sekiranya berlaku kecemasan ataupun kerosakan kenderaan, pemandu boleh beralih ke bahu jalan untuk keluar daripada aliran trafik dengan selamat. Bahu jalan juga berguna sebagai langkah mengelak kemalangan jalan raya dengan menyediakan ruang untuk pemandu beralih ke tepi sekiranya kenderaan dari arah hadapan gagal beralih ke lorong sepatutnya akibat hilang kawalan. Kenderaan kecemasan seperti ambulans dan kereta polis juga boleh menggunakan bahu jalan bagi mengalak kesesakan di laluan utama. Oleh yang demikian, bahu jalan juga turut dikenali sebagai lorong kecemasan.

Tips Keselamatan ketika memandu

Jika anda memandu sendirian, amalkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini:



  • Sentiasa pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu


  • Bawalah telepon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu


  • Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci


  • Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok


  • Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat dari orang yang tidak dikenali. Tanyalah alamat di stesen petrol atau kaunter tol


  • Jika diekori, pandulah kereta anda ke balai polis yang berhampiran


  • Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali


  • Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain


  • Catat nombor pendaftaran kereta tersebut, warna dan lain-lain dan gunakan telepon mudah alih untuk meminta bantuan. Anda juga boleh memandu terus ke balai polis yang berhampiran untuk mebuat laporan polis


  • Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling


  • Jika anda diugut oleh perompak, serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa berlengah-lengah


  • Jika tayar kereta pancit di tempat yang gelap dan asing bagi anda, pandu perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awam yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan

    8 Petua Keselamatan Jalan Raya

    1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
    2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
    3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
    4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
    5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
    6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
    7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
    8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

    Tenik belajar memandu

    Teknik Belajar Motosikal

     Teknik Ujian Pusingan 8:

    1. Tidak melanggar benteng
    2. Membuat satu setengah pusingan
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat

     Teknik Meniti Di Atas Papan:

    1. Roda tidak keluar dari papan
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal
    4. Tidak kurang dari 7 saat.

      Teknik Menunggang Di Antara Kon:

    1. Tidak Melanggar kon
    2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat

     Teknik Brek Kecemasan:

    1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
    2. Membrek di dalam kotak
    3. Tidak melebihi garisan berhenti
    4. Menggunakan brek kaki dan tangan

    Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:

    1. Tidak melanggar benteng
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
    4. Berhenti di garisan berhenti

    Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:

    1. Menggunakan topi keledar dengan betul
    2. Tidak menghidupkan enjin dalan gear
    3. Nyalakan lampu hadapan
    4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
    5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
    6. Memberi isyarat dengan betul
    7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali
    8. Penggunaan gear yang sesuai
    9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
    10. Memandu disebelah kiri
    11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
    12. Kaki tidak mencecah jalan
    13. Tidak melanggar benteng
    14. Tidak jatuh dari motosikal
    15. Tidak terlibat dalam kemalangan

    Teknik Tiga Penjuru

    Teknik Belajar Tiga Penjuru

    Teknik tiga penjuru ini akan digunakan semasa anda melalui jalan mati. Jadi teknik ini boleh anda gunakan selain daripada reverse ke belakang yang ada kalanya merbahaya bagi yang tidak mahir mengundurkan kereta.
    Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas untuk tujuan ujian kelak.
    1. Apabila anda keluar dr parking, masuk petak belah kanan (ikut anak panah yang diberikan) sehingga sampai ke tiang no 2.
    2. Sambil berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis dan berhenti sebelum garisan putih di depan.
    3. Seterusnya pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan putih (jarak dalam 3 kaki mcm tu).
    4. Kemudian pusing stering 3 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.

    Tip Ujian Tiga Penjuru:

    Calon akan lulus jika:
    1. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit.
    2. Calon berjaya melakukan ujian seperti berikut:
    • Masuk ke petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika
    • Dari Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika
    • Dari kiri bergerak ke kanan dan terus keluar.
    Calon akan gagal jika:
    1. Melanggar atau menyentuh tiang besi penanda samada semasa masuk atau keluar.
    2. Badan kereta menjulur keluar
    3. Melakukan olah gerak lebih 3 pergerakkan
    4. Melakukan ujian melebihi 3 minit
    5. Berlaku kemalangan

    Teknik Belajar Parking

    Teknik Belajar Parking

    1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
    2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
    3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
    4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
    5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
    6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

    Tip Ujian Parking:

     Calon akan lulus  jika:

    1. Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
    2. Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.

     Calon akan gagal jika:

    1. Melanggar atau menyentuh tiang penanda.
    2. Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.
    3. Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:
    • Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar
    • Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak
    • Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak
    • Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar.
    • Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan
    • Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.

    5 perkara yang tidak patut dilakukan ketika memandu


    1. 39.13% pemandu menyatakan bahawa mereka makan atau minum ketika pemanduan.
    2. 30.1% menyatakan bahawa mereka bercakap melalui telefon ketika pemanduan.
    3. 8.6% menyatakan mereka membalas mesej ketika pemanduan.
    4. 2.95% menyatakan mereka memperkemaskan diri ketika pemanduan. (bermekap)
    5. 2.09% menyatakan mereka membaca buku ketika pemanduan.
    2.09% pula mengakui bahawa mereka melakukan aktiviti lain ketika pemanduan tetapi tidak ingin menyatakan apa yang mereka lakukan. Di sini dapat disimpulkan bahawa senarai diatas adalah mungkin salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kes kemalangan. Di harap selepas ini anda tidak lagi melakukan kesalahan seperti diatas jika sebelum ini anda pernah melakukannya. Hargailah nyawa anda dan orang lain.

    Petua Pemanduan Jimat dan Selamat



    Sekiranya anda merancang untuk memandu jauh dalam masa yang terdekat samada untuk tujuan ‘balik kampong’ bersama isteri dan anak-anak, pergi bercuti atau untuk tujuan bertugas / perniagaan, jangan keluar rumah sebelum mengambil petua pemanduan di bawah.
    Baca lagi untuk mengetahui bagaimana untuk mengelakkan kesesakan, menjimatkan wang, dan yang lebih penting sekali ialah memastikan keselamatan sepanjang pemanduan anda.
    1. Sebelum memulakan pemanduan jarak jauh, sila pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya dan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat. Meminum minuman yang mengandungi kafein yang tinggi tidak semestinya cara yang terbaik untuk mengelakkan terlelap ketika memandu. Walaupun pada awalnya anda akan merasa lebih cergas, kesannya akan menjadi berkurangan sedikit demi sedikit, dan anda akan mudah hilang tumpuan walaupun dalam keadaan terjaga.
    2. Berhenti di tempat perhentian yang selamat atau stesyen Rehat dan Rawat (R&R ) setelah beberapa jam memandu, walaupun anda tidak terasa mengantuk. Ambil makanan ringan, dapatkan udara segar, dan kendurkan kaki anda dengan berjalan di sekitar kawasan perhentian. Ambil sedikit masa untuk tidur jika perlu.
    3. Jika boleh, kongsikan tanggungjawab pemanduan bersama rakan atau pasangan anda. Ini akan membolehkan anda dan pasangan membuat pemantauan secara bergilir ketika tidak memandu dan juga membolehkan anda berehat atau tidur sebentar tanpa berhenti dan kehilangan banyak masa. Sekiranya anda memandu bersendirian, buka radio atau muzik serta buka tingkap kenderaan. Elakkan dari menggunakan ‘cruise control’ sekiranya memandu bersendirian pada waktu malam – pemanduan manual yang memerlukan tumpuan bagi mengekalkan kelajuan akan membantu anda untuk sentiasa terjaga.
    4. Sekiranya anda terpaksa berhenti, elakkan dari meletakkan kenderaan di bahu jalan atau di lorong kecemasan dalam mana-mana keadaan sekalipun kecuali dalam keadaan kecemasan.
    5. Ketahui undang-undang jalanraya sepanjang perjalanan anda berkenaan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Walaubagaimanapun, sekiranya bercakap menggunakan telefon bimbit adalah di benarkan di sesetengah negara, adalah lebih selamat sekiranya anda menggunakan peralatan ‘hands-free’.
    6. Sekiranya anda tidak mengetahui tentang tip berikut, anda patut malu pada diri anda sendiri. Jangan minum minuman keras sebelum, ketika memandu atau apabila tidak memandu….
    7. Dapatkan maklumat tentang cuaca melalui radio atau perhatikan langit dan keadaan cuaca sepanjang perjalanan. Rancang semula perjalanan sekiranya perlu. Perubahan arah perjalanan akan membantu menjimatkan banyak masa anda terutamanya ketika berlaku penutupan jalan atau kesesakan lalulintas di sebabkan kejadian banjir atau tanah runtuh.
    8. Layari laman web atau buka radio apabila menghampiri bandar-bandar utama untuk mendapatkan berita terkini berkenaan keadaan lalulintas.
    9. Anda sepatutnya merancang arah perjalanan yang tepat sebelum meninggalkan rumah – tetapi bawa juga bersama anda peta jalanraya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada terdapat sebarang perubahan atau tersesat.
    10. Sekiranya anda menggunakan kereta sewa atau kenderaan yang tidak biasa anda pandu, sila biasakan diri terlebih dahulu dengan kenderaan tersebut dan juga biasakan dengan peralatan dan kelengkapan didalam kenderaan tersebut (i.e. horn, brake, lampu kecemasan dll.)
    11. Kunci barang-barang berharga didalam bonet atau’glove compartment’ dan susun kesemua beg pakaian di dalam bonet.
    12. Kenalpasti undang-undang jalanraya setempat lebih-lebih lagi apabila anda memandu di luar negara. Untuk undang-undang antara bangsa, sila lihat Renting a Car Abroad.
    13. Pastikan kenderaan anda di dalam keadaan yang terbaik – yang mana tayar mengandungi angin secukupnya, air dan minyak enjin berada di tahap yang baik dan tangki minyak telah diisi secukupnya. (Untuk pemanduan yang agak jauh, anda perlukan seorang mekanik untuk membuat pemeriksaan yang lengkap.)
    14. Fikirkan untuk menyertai keahlian AAA atau mana-mana syarikat yang di percayai. Anda tidak akan menyesal sekiranya berlaku sebarang kerosakan dimana-mana.
    15. Amalkan cara pemanduan yang menjimatkan petrol bagi meminimakan kos. Kurangkan kekerapan penggunaan brek dan menekan pedal secara mengejut secara silih berganti. Keluarkan bebanan yang tidak Perlu daripada kereta anda, jangan memecut bagi mengurangkan penggunaan petrol.
    16. Jangan menunggu sehingga tangki minyak anda mencecah tahap ‘E’ untuk mengisi semula minyak. Dalam perjalanan yang anda tidak biasa melaluinya, anda tidak tahu bilakah anda akan bertemu dengan station minyak. Sebaik sahaja tahap petrol anda mencecah satu perempat daripada tangki, cuba cari tempat untuk mengisi semula tangki minyak kereta anda.
    17. Apabila bersama kanak-kanak, pastikan anda berhenti sekerap yang mungkin -  bukan sahaja untuk makanan ringan atau ke tandas, tetapi ianya juga bertujuan untuk bersantai. Kenalpasti tempat-tempat perhentian yang menyediakan kemudahan permainan untuk kanak-kanak. Sediakan permainan, buku dan hiburan di dalam kereta untuk anak-anak anda.
    18. Sekiranya anda ingin membeli bekalan makanan-makanan ringan untuk di makan sepanjang perjalanan, beli di pasaraya atau kedai-kedai runcit kerana harga yang di tawarkan adalah lebih murah berbanding di stesyen minyak atau R&R.
    19. Dalam perjalanan yang jauh, sediakan tuala kecil, Tupperware dan peti penyimpan ais untuk simpanan makanan. Anda juga perlukan first-aid kit, lampu suluh, bantal dan selimut. Sediakan juga ‘jumper cables’ dan tayar spare.
    20. Akhir sekali, sebagaimana yang telah semua ketahui tetapi amat mustahak dan perlu ditekankan disini: Tolong pastikan bahawa semua pemandu dan penumpang telah memasang tali pinggang keledar. Ini bukan sahaja untuk tujuan keselamatan, tetapi di sesetengah tempat, ianya menjadi prasyarat dalam mematuhi undang-undang jalanraya.
    Selamat memandu.

    Kemahiran Memandu

    Terdapat segelintir pemegang lesen P atau CDL yang masih takut memandu dan tidak yakin pada diri mereka sendiri. Berdasarkan pengalaman saya antara puncanya kerana mereka takut jika di hon oleh pemandu lain dan kerana mengharapkan suami atau abang menghantar mereka kemana-mana lokasi seperti klinik, pasar, hospital, tempat kerja dan seumpamanya.

    Perkara yang paling di takuti jika mereka mengendalikan kereta bergear manual ialah apabila berhenti di persimpangan, lampu isyarat, hendak membelok dan semasa hendak memulakan perjalanan. Kenapa ?. Kerana takut enjin mati !!!!. Pemandu baru atau mereka yang jarang memandu begitu "fobia" atau trauma jika enjin mati semasa dalam kesesakan lalulintas, di persimpangan, di tempat lampu isyarat dan seumpamanya.

    Di sini satu petua yang anda boleh amalkan bagi mereka yang menggunakan kereta bergear manual iaitu apabila berhenti di persimpangan dan hendak mula bergerak, kita angkat 'clucth' (cekam) separuh atau terasa bergetar bonet hadapan sikit dan seterusnya tekan pedal minyak sedikit ( jika terdapat meter RPM atau tachometer pada dashboard lihat jarum pada no 2) dan seterusnya bergerak ke hadapan dengan melepaskan cekam secara perlahan-lahan. Ingat jangan sampai anda seperti orang naik kuda dalam kereta iaitu mereka yang tekan minyak tetapi kaki kiri menekan cekam ke bawah dan ke atas tanpa di lepaskan kerana mereka panik.

    Untuk mendapatkan kemahiran ini anda perlu selalu praktis dan kerap memandu. Sematkan dalam minda teknik yang di pelajari dari jurulatih anda sehingga ia menjadi sebati dan secara automatik kaki anda melakukannya apabila memandu. Di samping itu, anda perlu ingat kedudukan gear dan pastikan jangan melihat gear apabila membuat pertukaran semasa mamandu. Perbuatan melihat gear akan membahayakan pemandu dan para pengguna jalanraya lain kerana mungkin akan menyebabkan kemalangan.

    Anda boleh mendapat dan mempelajari semula kemahiran memandu dari jurulatih-jurulatih yang berpengalaman di sekolah memandu atau institut memandu yang berhampiran tempat tinggal jika lama tidak memandu.

    Sebenarnya memandu merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan jika kita fikir secara positif. Di mana dengan adanya lesen memandu seseorang akan melakukan sesuatu urusan dengan mudah dan cepat.

    Kemahiran memandu sebenarnya akan di perolehi jika kita selalu membuat latihan dan seterusnya kerap membuat pemanduan sendiri samada secara sendiri atau di temani oleh suami atau rakan-rakan.

    Kita mesti ingat bahawa mungkin pada suatu hari nanti, jika suami tiada di rumah dan berlaku kecemasan seperti anak deman panas pada jam 3 atau 4 pagi!!!!! siapa yang hendak bawa ke klinik atau hospital jika tidak kita sendiri atau jiran ( jika jiran mempunyai kereta atau bersedia hendak menolong), tetapi ingat takkan pada setiap masa kita hendak meminta tolong dari jiran, mereka pun ada komitmen masing-masing.

    Perkara utama yang mesti dan wajib di patuhi ialah peraturan dan undang-undang jalanraya dan sentiasa berhati-hati agar tidak berlaku kemalangan.

    Insya Allah jika anda telah mempunyai lesen memandu dan berhati-hati, jaga jarak mengekori dan seumpamanya anda akan selamat pergi dan balik ke lokasi yang diingini dan tidak akan terlibat dengan kemalangan.

    Perkara lain untuk menjadi pemandu yang cekap dan berhemah ialah anda mesti berani yakin dan percaya pada diri sendiri. Gunakan ilmu pemanduan yang di pelajari sebaik mungkin dan memandu dengan tenang dan seronok.

    KETAHUI JENIS LESEN MEMANDU

    Kali ini saya akan terangkan beberapa jenis lesen memandu untuk makluman tuan puan yang mengunjungi blog pemanduan berhemat ini. Jenis-jenis lesen memandu di keluarkan mengikut kegunaan sesuatu lesen di atas jalanraya Malaysia sebagaimana di bawah:-
    1.  LDL ( Learner Driving Licence ) iaitu lesen belajar memandu atau di kenali lesen "L" bagi membolehkan seseorang belajar memandu kenderaan mengikut kelas di keluarkan seperti kelas B,B2,D,E. Lesen 'L' sah tempoh sehingga 2 tahun di kira mulai tarikh lulus ujian Bhg 1 (Komputer/Bertulis) sehingga 24 bulan tetapi perlu di perbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika masih belum mengambil/lulus ujian JPJ.

    2. PDL ( Probationary Driving Licence ) iaitu lesen memandu percubaan di keluarkan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ bagi tempoh 2 tahun.
    3. CDL ( Competent Driving Licence ) iaitu lesen memandu kompeten di keluarkan setelah pemandu baru tamat tempoh percubaan memandu. Boleh di perbaharui untuk tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun dan 5 tahun sahaja. Manakala bagi mereka yang keluar negara dan ingin memandu kenderaan mereka perlu mendapatkan permit :-
      1. IDP ( International Driving Permit ) iaitu Permit Memandu Antarabangsa di keluarkan untuk pemegang lesen CDL yang ingin memandu di negara asing. 
    4. Lesen Memandu Vokasional seperti PSV Teksi, PSV Bas, PSV Van, GDL kejur, GDL Bersendi dan Lesen Konduktor di keluarkan bagi membolehkan pemandu memandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan.

    Di harap sedikit maklumat di atas dapat membantu kita memahami dengan jelas jenis-jenis lesen memandu yang di keluarkan di negara Malaysia. Insya Allah kita akan jumpa lagi dengan topik lain selepas ini.

    Kedudukan Kemalangan Jalanraya Berlaku....

    Setiap hari kita akan terbaca berita, menonton televisyen maupun mendengar radio mengenai kemalangan maut atau kemalangan ringan berlaku di atas jalanraya. Keaadaan sedih dan pilu berlaku kepada keluarga yang terlibat. Terdapat banyak faktor kemalangan boleh berlaku terutamanya berpunca dari pemandu. 

    Sebagai pemandu dan bakal pemandu kita perlu tahu beberapa kedudukan pelanggaran  yang perlu di elakkan daripada berlaku sebagaimana berikut :-

    1) Dengan kenderaan di hadapan.
    2) Dengan kenderaan di belakang.
    3) Ketika memotong.
    4) Ketika dipotong
    5) Di persimpangan jalan.
    6) Dengan kenderaan dari arah hadapan.
    7) Jatuh Jambatan
    8) Dengan pejalan kaki.
    9) Terbabas Dalam Gaung.
    10) Di persimpangan lampu isyarat.
    11) Ketika Menukar lorong.

    Kalau hendak di senaraikan banyak lagi yang kita boleh tulis tapi perkara yang paling penting kita mesti ada ilmu pemanduan, kemahiran dan pengalaman memandu yang baik dan sempurna untuk mengelakkan kecelakaan berlaku di atas jalanraya.

    Saya ambil  contoh apabila kita hendak keluar dari persimpangan, sentiasa amalkan empat peraturan ini iaitu (1) Tahu arah - pastikan lorong yang betul
    (2) Perlahankan kenderaan.
    (3) Isyarat.- pastikan lampu isyarat di nyalakan samada kanan atau kiri.
    (4) Berhenti & Bergerak dgn berhati-hati.- pastikan keadaan dari kanan, kiri atau hadapan selamat sebelum bergerak keluar dari persimpangan.

    Selain daripada itu sentiasa kita amalkan peraturan 2 atau 4 saat, peraturan 12 saat, kawasan Blindspot, mengenalpasti Hidroplanning dan apa yang perlu di lakukan, penggunaan cermin sisi kiri kanan dan pandang belakang dan beberapa peraturan lain berkaitan.

    Di harap sedikit sebanyak maklumat di atas dapat membantu anda memperbaiki cara pemanduan kita yang memandu semborono atau mantapkan lagi pemanduan anda yang telah tersedia memandu secara berhemat. Hingga jumpa lagi di lain tajuk.

    MENGENAL PASTI HALANGAN DI ATAS JALANRAYA

    Ramai pemandu yang berpengalaman dan mempunyai lesen memandu maupun yang baru nak mengambil lesen kurang peka terhadap mengenalpasti halangan di Jalan Raya. Di mana Halangan merupakan elemen-elemen yang dikenalpasti boleh mendatangkan risiko bahaya atau masalah semasa sedang memandu.

    Terdapat banyak formula serta teknik boleh di gunakan antaranya teknik SPA. Apa dia SPA ni? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke? Bukan .....tapi singkatan See (Melihat), Planning (Merancang), Action (Bertindak).

    Sebelum tu kita bahagikan halangan kepada tiga (3) jenis iaitu:-
    ( 1 ) Halangan Fizikal - Persimpangan, bulatan, selekoh, bukit tinggi dan seumpamanya.
    ( 2 ) Halangan Semulajadi - keadaan cuaca, panas terik, hujan.
    ( 3 ) Halangan Kedudukan & Pergerakan Pengguna Jalanraya.- Pejalan kaki, haiwan, pemandu kereta, lori serta penunggang motosikal dan basikal.

    Apabila kita memandu pandangan mata kita sentiasa memandang jauh ke hadapan lebih kurang 100 meter dan memerhati keadaan persekitaran di sepanjang jalanraya. Walaupun mungkin kita telah melalui sesuatu jalan beratus hingga beribu kali tetapi tidak mustahil jika kita alpa pada satu detik kita akan terlibat dengan kemalangan.

    Saya bagi contoh bagaimana hendak mengenalpasti halangan semasa memandu, apabila kita melihat di hadapan ada sebatang jalan berselekoh tajam, semestinya kita membuat perancangan awal untuk memperlahankan dan memandu berhati-hati. Manakala tindakan kita seterusnya membrek secara perlahan agar kelajuan kereta dapat dikurangkan dan memastikan kawalan stering di pegang kemas.

    Begitu juga contohnya kita lihat lampu isyarat di hadapan sedang hijau, sebagai pemandu berhemat jika memperlahankan sedikit kereta dalam jarak lebih kurang 30 meter sebelum lampu isyarat contohnya daripada 70 km/j ke 50 km/j dan jangan sekali-kali mengejar lampu hijau (menambahkan kelajuan) kerana lampu hijau akan bertukar menjadi kuning seterusnya merah bila-bila masa sahaja.

    Apabila sebelum garisan berhenti lampu bertukar kuning dan tiada kenderaan laju mengekori dari belakang, kita akan berhenti sebelum garisan berhenti dengan selamat. Kalau lampu masih hijau teruskan perjalanan dengan berhati-hati.

    Di harap tips-tips di atas dapat di amalkan dan sentiasa patuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.....

    KEMAHIRAN MEMANDU KERETA AUTOMATIK & MANUAL

    Terdapat segelintir pemegang lesen memandu kereta takut memandu setelah memperolehi Lesen Kelas D dan hanya menyimpan dan membaharui sahaja lesen tersebut bertahun-tahun tanpa mengasah kemahiran memandu yang di pelajari di sekolah atau institut memandu.
     
           Kami menyedari keadaan ini berpunca daripada perasaan takut, tiada keyakinan diri, trauma akibat kemalangan sebelum ini, sayang kereta takut kemalangan, tiada kereta sendiri dan pelbagai lagi alasan-alasan yang bermain dalam fikiran masing-masing. 
           Menyedari keadaan ini, kami mengambil inisiatif untuk mengajar semula kemahiran memandu secara berhemat dan selamat kepada mereka yang mempunyai lesen memandu kelas D (Kereta). Antara perkara yang akan di ajar dan di pelajari iaitu mengenali asas kenderaan, sistem kawalan kenderaan (seperti gear, kawalan steering, penggunaan cermin, lampu isyarat dan seumpamanya, asas memandu kereta, pemeriksaan kenderaan, olahgerak di atas jalanraya, cara mengenalpasti halangan , cara memakir kereta serta konsep pemanduan berhemat secara praktikal dengan memandu di atas jalanraya yang sibuk serta banyak kenderaan.  
           Setiap orang boleh memandu dengan cekap dan selamat jika di latih dengan betul dan selamat, perkara yang paling penting kita mesti yakin, berani dan percaya kepada diri sendiri. Anda yang berminat boleh hubungi saya terus sebagaimana nombor yang tertera dalam Blog ini untuk keterangan lanjut dan tempahan waktu latihan.Tq

    Selamat Datang Ke ABM Driving.

    Salam 1 Malaysia,

    Kami menyediakan perkhidmatan lesen memandu bermula dari L sehingga P.
    Antara perkhidmatan yang di sediakan adalah seperti:

    *urusan Jpj,
    *Mengajar Memandu Kelas B,D,E,H,I
    *Lesen vokasional
    *Memperbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan dan Insuran kenderaan.

    Kami juga mempunyai tenaga pengajar wanita. 


    Hubungi Kami

    Pejabat Urusan

    K600-B Bangunan Aked Mara,
    Stesen Bas Cukai,
    24000 Kemaman
    Terengganu.

    Cawangan

    1157-1 Kampung Bukit Mentok,

    24000 Kemaman,
    Terengganu.

    Lokasi Latihan


    Merit Empire Mak lagam


    E-mail :
    abmdriving@yahoo.com

    No. Tel :


    Nuzul Huda Bt Musa
    013-4745852

    Musa Bin Hamdan
    016-9506588

    Kacang Sira Marvellous